Berita Auto

Honda Malaysia Yakin Capai Sasaran Jualan 2017

Honda Malaysia hari ini mengumumkan bahawa angka jualannya antara Januari dan April 2017 menunjukkan yang ia berada pada landasan betul bagi mencapai sasaran jualan sebanyak 100,000 unit, sekaligus mengekalkan kedudukan nombor satu dalam segmen bukan nasional dan nombor dua dalam Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) tahun ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Setakat ini, Honda Malaysia telah mencapai 35% daripada sasaran jualannya dengan lebih daripada 34,500 unit kenderaan dijual pada April 2017. Bagi perbandingan tahun ke tahun bagi tempoh yang sama, pencapaian jualan empat bulan pertama tahun ini meningkat dengan lebih daripada 9,800 unit dijual iaitu 40% lebih tinggi berbanding 2016.

Honda City

Dari segi bahagian pasaran, Honda menyumbang 19.4% kepada TIV setakat Mac 2017 iaitu 5.1 mata lebih tinggi berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Ekoran prestasi memberangsangkan daripada dua model yang dilancarkan dalam suku pertama tahun ini, syarikat itu juga mencatat rekod dengan 20.5% bahagian pasaran.

BR-V terjual sebanyak 7,800 unit dan menyumbang 23% kepada jumlah jualan keseluruhan semasa, manakala City baharu yang dilancarkan pada bulan Mac juga menyumbang 23%. Sejak dilancarkan, Honda telah menerima lebih daripada 7,200 tempahan bagi City.

Mr. Katsuto Hayashi, MD and CEO of HMSB embarked on a special project to personalise his very own hand drawn All-New BR-V card to be delivered to all Honda customers in conjunction with their birthdays. -1

Civic generasi ke-10 juga mendahului segmen C dengan jualan sebanyak 15,700 unit sejak Jun tahun lalu. 60% daripada jumlah jualan tersebut terdiri daripada varian Turbo, dengan purata jualan sebanyak 840 unit sebulan.

Bagi musim perayaan yang bakal tiba, Honda Malaysia memberi jaminan bahawa tempoh menunggu bagi semua model adalah satu hingga dua bulan.

Honda HR-V Dark Ruby Red Pearl 01

Sementara itu, syarikat itu juga mengumumkan bermula 1 Mei tahun ini, harga atas jalan berserta insuran bagi model HR-V dan CR-V 2.0 2WD disemak semula mengikut kod tarif duti baharu kastam. Harga terkini bagi HR-V bermula dari RM101,000 hingga RM121,000, manakala harga bagi CR-V 2.0 2WD adalah RM141,500.

Selain itu, syarikat itu juga akan menjalankan dua kempen sepanjang bulan Mei. Kempen pertama iaitu ‘Nikmati Musim Bonus’ yang bermula dari 1 hingga 31 Mei menawarkan pakej penyelenggaraan percuma (termasuk alat ganti dan buruh) selama dua tahun atau wang tunai sehingga RM12,000.

Picture 2_‘Nikmati Musim Bonus’ which begins on 1st May 2017 and runs up to 31st May 2017

Kempen kedua yang diadakan di seluruh bilik pameran Honda di seluruh negara pula akan dijalankan pada 13 Mei bersempena dengan sambutan Hari Ibu. Selain daripada hadiah pandu uji dan cabutan bertuah, para ibu dan wanita mengandung yang hadir juga akan menerima bunga ros serta kad ucapan.

Previous post

Infinti Q60 'Sports Coupe' Tiba di Pasaran Malaysia

Next post

Tahukah Anda Yang Alfa Romeo Ada Kereta Elektrik?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *