Motosikal

Ducati Malaysia Mulakan Siri Jelajah Seluruh Negara

Next Bike Sdn Bhd, pengedar motosikal Ducati di Malaysia, telah memulakan siri jelajah di seluruh negara yang bermula di pusat membeli-belah One Utama sehingga 28 Mei ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Siri jelajah tersebut kemudiannya akan ke pusingan kedua di Johor Bahru pada minggu kedua bulan Jun, diikuti oleh Pulau Pinang pada minggu ketiga bulan yang sama, dan akan berakhir di Stadium Sultan Muhammad IV di Kelantan pada 7 dan 8 Julai semasa Kelantan Bike Week.

Selain daripada barisan model sedia ada, siri jelajah Ducati juga akan menyaksikan prebiu istimewa model Multistrada 950 yang akan dilancarkan secara rasmi selepas acara tersebut. Motosikal ‘touring’ itu akan dijual pada harga bermula dari RM85,900.

Selain itu, pengunjung juga boleh melihat Monster 797 baharu dengan lebih dekat lagi di bilik pameran Ducati Malaysia yang bertempat di Naza World Automall di Petaling Jaya. Harga bagi model ‘street’ ini bermula dari RM55,900.

Menurut Next Bike, kedua-dua Multistrada 950 dan Monster 797 akan dipamerkan di seluruh Malaysia bermula dari bulan Jun ini.

 

Previous post

Mercedes-Benz Malaysia Lancarkan Barisan GLA Facelift

Next post

Piaggio Vietnam Umum Pelantikan Gianluca Fiume

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *