Cerita Auto

Mercedes-Benz Malaysia Lancarkan Barisan GLA Facelift

Selepas melancarkan barisan model AMG 43, Mercedes-Benz Malaysia kini memperkenalkan GLA versi facelift yang ditawarkan dalam tiga varian iaitu GLA 200, GLA 250 4Matic serta GLA 45 4Matic. Selain daripada pembaharuan luaran dan dalaman, SUV kompak itu turut didatangkan dengan senarai spesifikasi yang dipertingkatkan khas bagi pasaran Malaysia.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Varian GLA 200 dilengkapi dengan trim Urban Line yang merangkumi rim 19 inci serta komponen-komponen berwarna hitam di bawah payung Night Package, manakala GLA 250 4Matic pula tampil dengan trim AMG Line dengan rim AMG 19 inci, jeriji berwarna perak, serta ekzos berkembar.

Mercedes-AMG GLA 45 4MATIC (3)

Bagi GLA 45 4Matic pula, varian paling berkuasa itu didatangkan dengan bahagian hadapan yang lebih aerodinamik, diffuser belakang, spoiler bumbung serta rim aloi ringan AMG bersaiz 20 inci.

Mercedes-AMG GLA 45 4MATIC (20)

Bahagian dalaman GLA pula dihiasi dengan kemasan tempat duduk baharu, elemen-elemen krom pada papan pemuka serta jarum meter berwarna merah. Semua fungsi media boleh diakses melalui skrin 8 inci yang diletakkan di tengah-tengah konsol. GLA 45 4Matic pula mendapat upholsteri kulit Artico, rekaan nombor terkini pada paparan instrumen serta jarum baharu pada meter.

Mercedes-Benz GLA 200 (30)

Rujuk jadual di bawah untuk maklumat lanjut:

Model GLA 200 GLA 250 4MATIC GLA 45 4MATIC
Bilangan silinder/
susunan
4 selari 4 selari 4 selari
Sesaran (cc) 1595 1991 1991
Kuasa
(hp pada rpm)
156 pada  5,300 211 pada 5500 381 pada  6000
Tork
(Nm pada rpm)
250 pada
1250-4000
350 pada
1200-4000
475 pada
2250-5000
Penggunaan bahan api (l/100 km) 5.8 – 5.6 6.6 – 6.5 7.4
Emisi CO2 (g/km) 135 – 131 155 – 152 172
Pecutan
0-100 km/h (s)
8.1 6.6 4.4
Kelajuan maksimum (km/h) 215 230 250
Harga (atas jalan termasuk insurans)*Harga termasuk GST RM239,888  RM269,888  RM408,888 

Tetapan sporty, efisyen atau individual pada enjin, transmisi, stereng dan suspensi boleh dilakukan melalui tombol Dynamic Select pada bahagian panel kawalan. Ciri ini menawarkan lima mod iaitu Comfort, Sport, Eco, Individual serta Off-Road bagi varian dengan pacuan semua roda 4Matic.

Mercedes-AMG GLA 45 4MATIC (17)

Ketiga-tiga varian menampilkan transmisi automatik dwi klac tujuh kelajuan. Ia mempunyai nisbah lebih pendek pada gear tiga hingga tujuh, serta respon dan penukaran gear yang dipertingkatkan, menghasilkan pecutan yang lebih mengagumkan.

Mercedes-Benz GLA 250 4MATIC (7)

Bagi aspek keselamatan, GLA dilengkapi dengan Active Brake Assist sebagai standard. Ia memberi amaran kepada pemandu untuk membrek lebih awal, namun jika pemandu lambat bertindak balas, ia akan membrek secara autonomi bagi mengurangkan impak. Ciri Attention Assist turut disertakan bagi memberi amaran jika pemandu berada dalam keadaan mengantuk.

Mercedes-AMG GLA 45 4MATIC (11)

 

Previous post

Perodua Terima Anugerah Lagi

Next post

Ducati Malaysia Mulakan Siri Jelajah Seluruh Negara

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *