Berita Auto

BMW Group Malaysia Buka Pusat Pengedaran Alat Ganti Serantau

BMW Group Malaysia telah merasmikan pembukaan Pusat Pengedaran Alat Ganti Serantau baharunya di Zon Industri Bebas, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di Johor Bahru.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Terletak di atas tanah seluas 775,000 kaki persegi di Zon Industri Bebas dan melibatkan pelaburan lebih RM130 juta, Pusat Pengedaran Alat Ganti Serantau BMW Group yang baru itu merupakan salah sebuah kemudahan BMW paling besar seumpamanya di rantau Asia Pasifik. Ia akan menyokong lebih 23 buah negara di rantau ini sebagai gudang logistik serta pusat pengedaran alat ganti untuk alat ganti selepas jualan, komponen dan barangan gaya hidup bagi jenama BMW, MINI dan BMW Motorrad.

Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Dato’ Azman Mahmud, berkata, “Kemudahan baharu ini tidak hanya mencerminkan komitmen Kumpulan tersebut untuk meningkatkan daya saing serantau negara kita, tetapi juga menyediakan peluang pekerjaan dan perniagaan terhadap rakyat Malaysia. Setakat ini, mereka telah terlibat dengan 55 penyedia perkhidmatan tempatan dengan nilai kontrak tahunan lebih daripada RM25 juta. Pertukaran pengetahuan teknologi akan menyumbang kepada pembangunan tenaga kerja yang lebih inovatif dan berbakat.”

Selain peningkatan pelaburan ke dalam negara, Pusat Pengedaran Alat Ganti Serantau BMW Group bakal menyaksikan pelanggan di seluruh rantau ini terus dapat menikmati kebolehdapatan dan tempoh lebih pantas dari segi penghantaran alat ganti selepas jualan, komponen dan barangan gaya hidup ke para pengedar BMW.

BMW 03

Siap sepenuhnya pada Disember 2016, Pusat Pengedaran Alat Ganti Serantau BMW Group menjadi fasa pertama pembinaan kemudahan pembuat kenderaan premium itu. Kemudahan itu akan memanfaatkan lokasinya yang strategik dan infrastruktur moden, di samping akses pelabuhan laut dan udara di Zon Industri Bebas Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru.

Pusat pengedaran alat ganti baharu itu akan membekalkan barangan ke Malaysia, Singapura, Thailand, Korea Selatan, Australia, New Zealand, Indonesia, Taiwan, Hong Kong, Macau, Filipina, Brunei, Laos, Kemboja, Myanmar, Vietnam, Bangladesh, Mongolia, Sri Lanka, Tahiti, New Caledonia, Fiji dan Guam. Pusat baharu itu juga dijangka menawarkan 120 peluang pekerjaan.

Previous post

Tawaran Hebat Dengan Toyota Ramadhan Drive

Next post

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Rasmi Masjid Perodua

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *