Berita Auto

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Rasmi Masjid Perodua

Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj berkenan berangkat merasmikan Masjid Perodua yang merupakan masjid pertama dibina oleh syarikat korporat di daerah Hulu Selangor.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dikategorikan sebagai masjid pengurusan, masjid ini menawarkan pelbagai kemudahan kepada kakitangan Perodua dan penduduk sekitar termasuk bilik kuliah, bilik pengurusan jenazah dan kawasan khas untuk ibadah sembelihan korban.

“Masjid Perodua mampu menampung 3,000 jemaah dalam satu-satu masa dan direka bentuk dengan fungsi dan kecekapan yang terancang,” Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin berkata.

Pembukaan rasmi masjid ini turut dihadiri oleh Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh serta wakil agensi kerajaan negeri dan persekutuan.

Pada majlis itu, Tan Sri Asmat turut mewakafkan masjid ini kepada Perbadanan Wakaf Selangor yang diterima oleh DYMM Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj.

Masjid ini juga turut ditadbir oleh ahli profesional yang dipengerusikan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh, juga disertai pegawai agama yang berkaliber untuk memastikan fungsi masjid ini diuruskan dengan cekap.

EMY_0011

Perodua telah memperuntukkan kira-kira 8.86 ekar atau 38,850 meter persegi untuk pembinaan masjid ini dengan belanja sebanyak RM19 juta, di mana RM10 juta dibelanjakan untuk bangunan utama masjid berkeluasan 3,567 meter persegi dan RM9 juta untuk pembinaan Pusat Perkembangan Kanak-Kanak Perodua (PCDC) dan kompleks bangunannya seluas 2,099 meter persegi.

Selain itu, Perodua turut membelanjakan RM20 juta untuk membina jalan raya bagi menghubungkan ibu pejabat dan masjid sekaligus untuk kegunaan masyarakat setempat.

Masjid Perodua memulakan pembinaan pada Ogos 2014 dan siap sepenuhnya pada Julai 2016. Sejak Ogos 2016, masjid tersebut telah mengadakan pelbagai aktiviti antaranya ibadah korban dan mengedarkan daging korban tersebut kepada fakir miskin dan masyarakat setempat.

Pihak Jawatankuasa masjid turut mengadakan kuliah agama berterusan untuk masyarakat yang merupakan sebahagian daripada proses pendidikan kepada komuniti.

??????????????????????????

Previous post

BMW Group Malaysia Buka Pusat Pengedaran Alat Ganti Serantau

Next post

Mercedes G63 Ulang Tahun ke-50 Untuk Jepun

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *