Gaya Hidup

Mazda MX-5 Yang Ke 1 Juta Kembali ke Ibu Pejabat Selepas Setahun Menjelajah

Mazda Motor Corporation hari ini mengumumkan bahawa Mazda MX-5 Yang Ke 1 Juta, model peringatan meraikan pengeluaran 1 juta unit ikonik, dua tempat duduk, kereta sukan Mazda, telah pulang selepas lawatan selama setahun yang menyaksikan model ini dipamerkan di acara bersua dengan peminat di seluruh dunia. Kereta itu tiba di ibu pejabat Hiroshima syarikat itu pada 7 April.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Mazda menganjurkan pengembaraan Mazda MX-5 Yang Ke 1 Juta ini untuk meraikan dengan peminat pencapaian 1 juta unit dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyokong model ini, selama ini.

Sepanjang penjelajahan ini ianya dipamerkan di 35 acara di Jepun, UK, Sepanyol, Jerman, Belgium, Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan New Zealand, dan lebih daripada 10,000 peminat MX-5  menandatangani nama mereka pada bodyworknya.

MX-5 Yang Ke 1 Juta  akan mengambil bahagian dalam perarakan di Flower Festival Hiroshima pada 3 Mei dan akan dipamerkan di lobi ibu pejabat Hiroshima Mazda dari Mei 8-12.

 

Previous post

Tesla Mengembangkan Rangkaian Supercharger Global Sebagai Persediaan Untuk Model 3

Next post

Aston Martin - Aston Martin Bernilai £ 65 Juta di Loji Baharu Mereka

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *