Motosikal / Lain Lain Roda

Benelli Lancar Kapcai Moped Sukan RFS 150i

Benelli’s RFS 150i adalah model ‘moped’; kapcai ‘spek-lumba’ pertama yang mengujakan penunggang dengan: sentuhan lagenda kejuruteraan Benelli dan gaya perlumbaan Itali. Lebih kuasa kuda dan daya ketahanan daripada enjin satu selinder penyejukan cecair 15.5 kuasa kuda, 3-pencucuh, 6-kelajuan. Dipermudahkan dengan penghidup elektrik terkini. Lebih teknologi perlumbaan dalam bentuk suspensi depan terbalik untuk merasai jentera lumba sebenar. Dan lebih banyak nilai daripada kemampuan yang menakjubkan dari RFS 150i.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Di Benelli, RFS bermaksud ‘Riders For Speed’. Dan Riders for Speed ​​pasti tahu bahawa RFS 150i serba baru adalah moped sukan yang terbaik dalam kategori 150cc yang popular – juga dengan nilai yang terbaik.

Screen Shot 2017-04-23 at 1.05.23 AM

Bermula dengan enjin, dimana teknologi moden dan dilengkapi cecair sejuk untuk ketahanan yang melampau, suhu pengoperasian enjin yang rendah dengan kuasa maksimum. Sesaran enjin 149cc, penampilkan reka bentuk injap SOHC dengan teknologi Benelli B3SP yang serba baru didatangi dengan tiga pencucuh untuk kuasa maksimum dan pengeluaran gas emisi yang rendah, 6-kelajuan, bahan api suntikan elektronik menjadikan enjin RFS lebih mengagumkan, 15.5 kuasa kuda yang pada 8500 rpm – lebih daripada persaingannya, dan penunggang dapat mencelah  melalui lalu lintas bandar, meluruskan jalan belakang yang berliku, atau memecut laju di litar lumba.

Screen Shot 2017-04-23 at 1.05.01 AM

Sistem B3SP Benelli ‘3-Spark’ yang baru ini adalah sebab utama enjin RFS 150i begitu fleksibel. Ia menggunakan ketiga – tiga palam pencucuh, bersama-sama dengan sistem ECU motosikal dan suntikan bahan api, untuk mengubah suai pemasaan enjin dan penggunaan plug  untuk memaksimumkan kuasa, menjadikan enjin bersuhu rendah, mengoptimumkan kecekapan bahan api, dan mengurangkan pelepasan gas emisi ekzos. Routing terbaik disamping pelepasan yang minimum ke belakang adalah sistem ekzos moden dan kemas, yang membolehkan penunggang mengambil selekoh seperti di litar, tampak hebat, dan bunyinya mampu mengusik jiwa.

Screen Shot 2017-04-23 at 1.04.40 AM

Casis dan kerangka utama direka untuk tujuan yang sama juga, dengan reka bentuk yang cantik disamping panel kerangka yang sangat aerodinamik dan dilengkapi dengan panel badan  berbekalkan kerangka yang kukuh menyokong lengan ayun belakang  jenis ‘monoshock’ dan ‘fork’ hadapan raing sama seperti motorsikal lumba yang kita tonton di televisyen. Rim tayar saiz 17 inci jenis separa aloi memberi cengkaman tayar yang baik dan brek cakera jenis – lumba untuk kuasa pemberhentian yang meyakinkan.

Screen Shot 2017-04-23 at 1.03.07 AM

Tidak cukup dengan itu, tempat duduk yang berkonsepkan ‘sporty’ membolehkan anda dan pembonceng bersiar-siar bersama dan pemegang bar belakang untuk keselamatan pembonceng. Kluster meter  LCD yang berinformasi memberi berbagai maklumat enjin dan juga kelajuan kepada penunggang. Cermin sisi yang jelas dan kedudukan yang tepat membolekan penunggang melihat dengan jelas ke belakang, manakala lampu utama nya yang berkonsepkan LED berteknologi tinggi menyuluh terus ke hadapan menerangi jalan. Sentuhan rekabentuk aerodinamik membantu ‘Riders For Speed’ membelah angin dengan mudah, dan juga melindungi mereka daripada sebarang cuaca. Berat keseluruhan RFS 150i ini hanya 126kg  dan ia adalah sebuah jentera pengendalian yang hebat – sebagaimana penunggang mahu dan perlu  apabila mereka keluar untuk menunggang.

Screen Shot 2017-04-23 at 1.03.52 AM

Semua ini, semestinya dilengkapi dengan rekabentuk lagenda Itali dan kejuruteraan Benelli, sebuah syarikat yang mempunyai kepakaran melebihi 100 tahun. Dan apabila anda menilai faktor harga mampu milik RFS 150i ini, mana-mana peminat motosikal sekalipun tidak akan menyesal berbelanja wang untuk jentera seperti ini.

Enjin di bahagian atas dan teknologi casis terkini. Dipadankan dengan gaya yang sangat cantik, bersih dan kemas. Dilengkapi oleh kejuruteraan legenda dan reka bentuk pada harga yang berpatutan.

Anda tidak mampu menolak dengan model baru Benelli RFS 150i.

Model Benneli RFS 150i akan datang dengan empat pilihan warna iaitu; Kuning, Merah, Biru dan Kelabu Matte (SE), harga jualan pula hanya RM 6,988 untuk spesifikasi standard dan RM 7,338 untuk Edisi Khas (SE).

Screen Shot 2017-04-23 at 1.02.44 AM

Spesifikasi RFS 150i

Enjin dan Transmisi Isipadu(cc) 149.8
Jenis Enjin 157FMJ-3
Mod Enjin 1-Silinder / 4 – Lejang /4 –Injap / SOHC
Gerek x Lejang (mm) ø57×58.7
Kuasa Maksimum 11.3kW/8500 r/min
Tork Maksimum 13.0N.m/7000 r/min
Nisbah Mampatan 11.3:1
Sistem Bahan Api EFI
Pencucuh TLI
Penghidup Elektrik
Sistem Pelincir Tekanan Pelincir Pancutan
Sistem Penyejuk Water-cooled
Kotak Gear 6 – Kelajuan
Transmisi Pacuan Akhir Rantai
Jenis Klac Basah, Plat Berganda
Ukuran Fizikal Berat (kg) 126
Tinggi Pelana(mm) 787
Panjang Keseluruhan (mm) 2021
Lebar Keseluruhan (mm) 764
Tinggi Keseluruhan (mm) 1267
Kelegaan Bumi (mm) 160
Tapak Roda (mm) 1325
Casis dan Dimensi Jenis Kerangka Straddle type
Suspensi Hadapan Fork Teleskopik
Jarak Suspensi Hadapan (mm) 88
Suspensi Belakang Teleskopik gegelung spring teredam minyak
Jarak Suspensi Belakang (mm) 17
Tayar Hadapan 70/90-17
Tayar Belakang 120/70-17
Brek Hadapan Cakera
Diameter Brek Hadapan (mm) 240
Brek Belakang Cakera
Diameter Brek Belakang (mm) 220
Spesifikasi Lain
Berat Keseluruhan (kg) 171
Isi Tangki Bahan Api (L) 4.8
Batteri 12V6Ah(YTX7L-BS)

 Screen Shot 2017-04-23 at 12.46.02 AM

Previous post

Bennelli Malaysia Memperkenalkan TRK 502 Motorsikal Kembara Dan 302R Motorsikal Lumba.

Next post

Acara “Let's Celebrate Driving” Mazda

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *