Motosikal

Bennelli Malaysia Memperkenalkan TRK 502 Motorsikal Kembara Dan 302R Motorsikal Lumba.

TRK 502 – JIWA PENGEMBARA

Screen Shot 2017-04-23 at 12.44.49 AM

 

 

 

Menunggang Benelli TRK 502 ini, sebuah jentera pengembaraan dan jalan raya merupakan tiket untuk anda ke arah kebebasan. Sama ada anda menunggang mengelilingi bandar atau merentasi negara, TRK 502 adalah teman perjalanan yang sempurna. Dengan keselesaan ergonomik, perlindungan dari angin dan cuaca yang menakjubkan, sistem suspensi yang lasak, dan enjin twin-silinder yang cekap dan berkuasa, anda boleh mengubah setiap hari anda sebagai sebuah pengembaraan yang berbeza; meneroka dunia baru, semuanya tanpa batasan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Ditunjangi dengan rangka keluli ‘trelis’ tradisi Benelli, dan dilengkapi dengan dwi – silinder empat strok dan penyejuk cecair sejuk 500cc baru, diperkenalkan oleh Benelli untuk semua model barunya dengan sentuhan elektronik, dan  sistem DOHC, 4 injap setiap silinder. Kuasa maksimum ialah 35 kW (47 HP) pada 8500 rpm dan tork adalah 45 Nm pada 5000 rpm, memberikan tindak balas sempurna dalam semua keadaan.

Dengan sistem suspensi depan ‘fork terbalik’ dan lengan buai dengan monoshok di belakang menawarkan keselesaan maksimum buat penunggang dan pembonceng. Prestasi brek pula dilengkapi dengan dua cakera depan bersaiz 320 mm diameter dan dua omboh angkup terapung. Cakera belakang pula adalah bersaiz 260 mm diameter juga dicengkam oleh dua omboh angkup terapung.Kestabilan, keselamatan dan ketepatan adalah kata kunci untuk model baru Benelli TRK 502 ini. Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan TRK 502, dan mengembara!

TRK 502 didatangi dengan 3 variasi warna, Putih, Kelabu ‘Graphite’ dan Merah/ Hitam. Bermula dengan harga dari RM 28,888 sehingga RM 30,588 (tidak termasuk GST).

Spesifikasi TRK 502

Enjin dan Transmisi Isipadu(cc) 500
Jenis Enjin BJ269MR-A
Mod Enjin 2 – Silinder / 4 – Lejang /8 – Injap / DOHC
Gerek x Lejang (mm) ø69×66.8
Kuasa Maksimum 35/8500
Tork Maksimum 45/5000
Nisbah Mampatan 11.5:1
Sistem Bahan Api EFI
Pencucuh TLI
Penghidup Elektrik
Sistem Pelincir Tekanan Pelincir Pancutan
Sistem Penyejuk Penyejuk – Air
Kotak Gear 6 – Kelajuan
Transmisi Pacuan Akhir Rantai
Jenis Klac Basah, Plat Berganda
Ukuran Fizikal Berat Kering(kg) 210
Tinggi Pelana(mm) 815
Panjang Keseluruhan (mm) 2180
Lebar Keseluruhan (mm) 912
Tinggi Keseluruhan (mm) 1465
Kelegaan Bumi (mm) 220
Tapak Roda (mm) 1535
Casis dan Dimensi Jenis Kerangka Arch bar truck
Suspensi Hadapan Fork Teleskopik
Jarak Suspensi Hadapan (mm) 150
Suspensi Belakang Teleskopik gegelung spring teredam minyak
Jarak Suspensi Belakang (mm) 45
Tayar Hadapan 120/70ZR17M/C
Tayar Belakang 160/60ZR17M/C
Brek Hadapan Cakera Berganda
Diameter Brek Hadapan (mm) 320
Brek Belakang Cakera
Diameter Brek Belakang (mm) 260
Spesifikasi Lain Kelajuan Maksima (km/h) 160
Berat Keseluruhan (kg) 175
Isi Tangki Bahan Api (L) 20
Batteri 12V8Ah(YTX9-BS)

 

302R – TAKLUKI DUNIA

Screen Shot 2017-04-23 at 12.45.11 AM

Tidak ada hari yang sama dengan seharian di litar lumba atau sepetang di jalan raya yang lengang. Tungganglah Benelli 302R yang baharu yang diilhamkan dari warisan lagenda perlumbaan Benelli, 302R menawarkan casis yang menakjubkan, pengambilan selekoh yang tiada bandingan, brek yang berkuasa, kuasa yang padu dan pengendalian yang hebat. 302R merupakan satu jentera perlumbaan yang sesuai dengan jiwa pelumba seperti anda.

302R boleh didapati dengan tiga variasi warna: Putih Merah, Hitam Merah dan Hijau Perang dengan harga serendah RM 21,888 (Tidak termasuk GST).

Spesifikasi 302R

Enjin dan Transmisi Isipadu(cc) 300
Jenis Enjin  265MN-A
Mod Enjin 2 – Silinder / 4 – Lejang /8 – Injap / DOHC
Gerek x Lejang (mm) ø65.0×45.2
Kuasa Maksimum  28kW/10000r/min
Tork Maksimum  27.4N.m/9000r/min
Nisbah Mampatan 12:1
Sistem Bahan Api EFI
Pencucuh TLI
Penghidup Elektrik
Sistem Pelincir Tekanan Pelincir Pancutan
Sistem Penyejuk Penyejuk – Air
Kotak Gear 6 – Kelajuan
Transmisi Pacuan Akhir Rantai
Jenis Klac Basah, Plat Berganda

 

Ukuran Fizikal Berat Kering(kg) 190
Tinggi Pelana(mm) 780
Panjang Keseluruhan (mm) 2157
Lebar Keseluruhan (mm) 746
Tinggi Keseluruhan (mm) 1146
Kelegaan Bumi (mm) 165
Tapak Roda (mm) 1405
Casis dan Dimensi Jenis Kerangka Arch bar truck
Suspensi Hadapan Fork Telescopik
Jarak Suspensi Hadapan (mm) 120
Suspensi Belakang Teleskopik gegelung spring teredam minyak
Jarak Suspensi Belakang (mm) 45
Tayar Hadapan 110/70-R17
Tayar Belakang 150/60-R17
Brek Hadapan Cakera Berganda
Diameter Brek Hadapan (mm) 260
Brek Belakang Cakera
Diameter Brek Belakang (mm) 240
Spesifikasi Lain Kelajuan Maksima (km/h) 160
Berat Keseluruhan (kg) 172
Isi Tangki Bahan Api (L) 14
Batteri 12V8Ah(YTX9-BS)

 

Previous post

Memperkenalkan, Scorpion MK 1. Anda Mungkin Saja Hendak Satu.

Next post

Benelli Lancar Kapcai Moped Sukan RFS 150i

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *