Cerita Auto

7 Tips Penjimatan Petrol Untuk Pergi Lebih Jauh

Sejak 30 Mac 2017, harga petrol akan diumumkan pada setiap minggu. Harga petrol diumumkan setiap hari Rabu dan harga baru akan dikuatkuasakan selepas tengah malam.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Allianz General berkongsi beberapa cara untuk menjimatkan petrol agar anda dapat menggunakan minyak dan diharapkan turut membantu anda menjimatkan beberapa ringgit.

Berikut adalah 7 tips mudah untuk menjaga masalah minyak anda: –

Tip #1: Matikan enjin anda – Matikan enjin kereta sementara menunggu rakan anda atau jika anda sedang menunggu untuk seseorang untuk tempoh masa yang panjang bagi mengelakkan pembakaran petrol yang berpanjangan.

BMW 330e

Tip #2: Kurangkan barangan di dalam bonet kenderaan – Berat tambahan di bonet akan membuat anda membakar lebih banyak petrol. Bonet kenderaan anda harus mengandungi kit pertolongan cemas, tayar ganti serta peralatan pembaikan dan keselamatan. Membawa kargo tambahan menjadikan kereta anda membakar lebih petrol – sering kali dikatakan bahawa bagi setiap 45 kilogram yang anda tambahkan pada kereta anda, anda menggunakan sejumlah kira-kira 2 peratus lebih petrol!

Tip #3: Keadaan yang baik – Sentiasa servis kereta anda mengikut masa yang ditetapkan. Penyelenggaraan yang kurang baik boleh mengakibatkan penggunaan petrol yang berlebihan. Di samping itu, pastikan penapis anda diperiksa dengan kerap. Penapis bersih memastikan kecekapan petrol.

Chevrolet Cruze

Tip #4: Isikan angin – Tayar yang tidak mempunyai angin yang cukup adalah berbahaya kerana anda akan mengalami risiko pegangan jalan yang teruk, menyebabkan deretan dan rintangan yang berlebihan yang meningkatkan penggunaan petrol. Selain itu, tayar yang dipam dengan betul adalah lebih selamat, tahan lebih lama!

Tip #5: Dapatkan nilai yang terbaik – Tidak semua petrol adalah sama. Jadi, eksperimen dengan pelbagai jenis petrol untuk melihat mana yang menawarkan nilai yang terbaik. Sebagai alternatif, semak dengan pengeluar kereta atau mekanik untuk mengetahui petrol yang bersesuaian dengan kereta anda.

Pandu Uji Volkswagen Vento Highline 21

Tip #6:  Jangan memandu dengan laju – Menggunakan brek secara berlebihan membazirkan petrol dan boleh menyebabkan pad brek anda haus dengan cepat. Jadi, jaga jarak yang selamat dan mematuhi had kelajuan. Selain itu, kelajuan yang kurang, bermakna kurang petrol dibakar.

Tip #7: Letakkan kereta anda di tempat yang teduh – Sentiasa letakkan kereta anda di tempat yang teduh. Dengan cara itu, penghawa dingin anda tidak akan perlu bekerja lebih keras untuk memastikan anda sejuk. Ini bermakna peluang penyejatan petrol kurang berlaku sekiranya kereta anda dibawah cahaya matahari.

Selain menjimatkan petrol, pastikan anda dan kereta anda dilindungi pada setiap masa dengan Allianz Enhanced Road Warrior yang boleh diperolehi menerusi Allianz Online (quote.allianz.com.my).

Previous post

Toyota Vios Kini Dengan 4 Ciri Baharu

Next post

Dapatkan Beg Membeli-belah Kitar Semula Anda Dari BHPetrol Sekarang!

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *