Cerita Auto

Toyota Vios Kini Dengan 4 Ciri Baharu

Sejak hari pertama ia dilancarkan, Toyota Vios telah menjadi salah satu kenderaan paling laris di Malaysia. Kini, setahun selepas versi terbaru diperkenalkan, sedan kegemaran ramai itu tampil lagi dengan beberapa penambahbaikan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Antaranya adalah Advanced Panoramic View Monitor yang membolehkan pemandu melihat sekeliling kenderaan secara 360 darjah melalui empat kamera luaran. Ini merupakan pertama kali ciri seperti itu disediakan untuk sedan segmen B.

Auto Fold Side Mirror

Selain itu, Vios juga didatangkan dengan perakam video digital (VDR) dan cermini sisi yang terlipat secara automatik sebaik sahaja enjin dihidupkan atau dimatikan. Port pengecasan USB juga disertakan pada kluster tengah untuk kegunaan pemandu serta penumpang.

DVR

Vios ditawarkan dalam enam varian dengan harga bermula dari RM76,500 hingga RM96,400. Bergantung pada varian, sedan itu kini boleh didapati dengan rebat tunai serta aksesori berjumlah sehingga RM4,000. Terdapat enam warna yang ditawarkan iaitu White Pearl CS (untuk Vios TRD Sportivo sahaja), Super White II, Attitude Black, Medium Silver Metallic, Silver Metallic, dan Crimson Spark Red Metallic.

USB Port

Seperti semua model Toyota terkini yang dijual oleh UMW Toyota Motor, Vios didatangkan dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan.

 

Previous post

Kia Grand Carnival 2017: MPV Pilihan Keluarga Besar

Next post

7 Tips Penjimatan Petrol Untuk Pergi Lebih Jauh

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *