Psst!

Toyota C-HR: Harga Dan Bila Tiba ke Malaysia?

Ramai di Malaysia tertanya-tanya bilakah  Toyota SUV kompak yang maha bergaya ini akan sampai ke Malaysia dan berapakah harganya nanti?

Ramai masih tertanya-tanya dari hari kita mula siarkan berita tentang C-HR ini hinggalah ke hari ini.

Selepas bermesyuarat baru-baru ini dengan pengurusan UMW Toyota kami boleh berkongsi berita tentang  tarikh ketibaan dan kemungkinan harga Toyota C-HR ini.

Harga import sepenuhnya dengan cukai akan berada di sekitar RM170,000.00. Harga yang seperti ini tidak akan membantu jualan jadi UMW Toyota akan memasang C-HR di Malaysia di kilang pemasangan seni baharu mereka yang terletak di Bukit Raja.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dengan pemasangan tempatan dan status EEV harga C-HR Toyota boleh menurun ke harga yang lebih  berpatutan sekitar RM120,000 dan ini akan membolehkan lebih ramai di Malaysia memilikinya.

Tarikh ianya akan muncul di showroom Toyota di Malaysia ialah pada suku pertama 2018 iaitu kira-kira 10 bulan lagi. Simpan duit dari sekarang!

Previous post

Sertai Peraduan 'Experience the Drive' Proton

Next post

KIA Grand Carnival 2.2D KX Hanya RM165,888 Dan di Bilik Pameran Sekarang

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *