Cerita Auto

Tayar Pintar Goodyear Muncul di Geneva Motor Show

Selain daripada kenderaan baharu, Geneva Motor Show 2017 juga menyaksikan pelancaran dua tayar konsep Goodyear yang boleh memberikan gambaran tentang rupa tayar pada masa hadapan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dikenali sebagai IntelliGrip Urban, tayar konsep ini direka khas untuk kereta autonomous elektrik yang digunakan bagi tujuan perkongsian atau ‘ride sharing’ di kawasan-kawasan bandar.

Goodyear IntelliGrip Urban_01

Dengan teknologi Sensor-in-Tire, tayar konsep ini mampu mengesan keadaan jalan dan cuaca. Data yang terkumpul menerusi tayar ini akan dihantar terus ke sistem komputer, membolehkan kereta untuk mengoptimumkan kelajuan, brek, pengendalian serta kestabilan.

Selain itu, bentuknya yang tinggi serta langsing juga berkesan dalam mengurangkan rintangan golekan, sekaligus meningkatkan kecekapan tenaga dan jarak pemanduan kenderaan elektrik. Teknologi sensor yang digunakan juga mampu mengenalpasti dan menyelesaikan sebarang masalah berkaitan sebelum ianya terjadi.

Goodyear Eagle 360 Urban_Dry Tread

Tayar Eagle 360 Urban pula merupakan tayar konsep pertama yang dikuasakan oleh Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence) yang mampu mengesan, membuat keputusan, berubah bentuk serta berinteraksi. Ia merupakan kesinambungan kepada tayar konsep Eagle 360 yang diperkenalkan tahun lalu.

Eagle 360 Urban menampilkan kulit bionik dengan rangkaian sensor yang membolehkan ia memeriksa status dan mengumpul maklumat persekitaran, termasuk permukaan jalan. Ia juga mempunyai kebolehan untuk menyimpan maklumat persekitrannya dalam masa sebenar melalui sambungan dengan kenderaan dan infrastruktur lain, serta trafik dan sistem pengurusan mobiliti.

Goodyear Eagle 360 Urban_Wet Tread

Dengan memproses maklumat terkumpul dengan serta-merta, Eagle 360 ​​Urban mampu membuat keputusan dan mengambil langkah yang dikira paling sesuai. Ia juga belajar daripada tindakan sebelumnya bagaimana untuk mengoptimumkan tindak balas pada masa depan.

Previous post

Dealer Naza Premira Terima Ganjaran Lawatan Ke Vietnam

Next post

Subaru Berikan Diskaun Sehingga RM36k Bulan Ini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *