Cerita Auto

Pengambilalihan Proton: Semua Pembida Masih Bersaing, Penilaian FSP Berterusan

Dalam satu kenyataan rasmi, DRB-HICOM menegaskan bahawa pencarian rakan strategik asing (FSP) bagi Proton masih lagi diteruskan, dan seperti yang diumumkan pada bulan Februari lalu, syarikat tersebut mensasar untuk menamatkan proses penilaian menjelang tamatnya suku ke-2 tahun 2017.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_20160610

DRB-HICOM juga mengesahkan semua pembida masih dalam saingan untuk menjadi FSP Proton. Proses mencari FSP ini adalah rumit, dan DRB-HICOM mahu memastikan FSP yang dipilih akan menguntungkan kesemua pihak. Setiap rundingan adalah usaha kedua-dua pihak untuk memastikan sinergi dengan pelan masing-masing. Adalah menjadi proses biasa didalam mana-mana rundingan perniagaan dimana kedua pihak membuat cadangan-cadangan yang berasingan dan berbeza, bergantung kepada apa yang diminta dan dicadangkan oleh pihak kedua.

DRB-HICOM akan meneruskan proses penilaian ini dan membawa masuk FSP yang akan memperbaiki kedudukan Proton dan yang akan mendapat manfaat daripada keupayaan dan kebolehan pengeluar kenderaan nasional itu. Pengumuman akan dibuat setelah proses ini tamat kelak.

Previous post

Honda Malaysia Buka Pusat 4S Terbesarnya di Pantai Timur

Next post

Toyota Buka Bilik Pameran Baharu di Segambut

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *