Berita Auto

Toyota Buka Bilik Pameran Baharu di Segambut

UMW Toyota Motor telah membuka bilik pameran Toyota terbaru yang terletak di Pusat Komersial Jalan Kuching, Jalan Kepayang off Jalan Kuching, Segambut, Kuala Lumpur. Ia berfungsi sebagai pusat jualan kenderaan baharu Toyota manakala pusat 2S (servis dan alat ganti) sedia ada yang terletak di Kawasan Perusahaan Segambut juga telah dinaik taraf bagi menampung bilangan kenderaan yang semakin meningkat.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_20160610

“Peningkatan jumlah kenderaan Toyota memerlukan kami untuk mengembangkan kemudahan dan daripada kajian kami, pusatt 2S yang sedia ada di Segambut memerlukan kapasiti tambahan untuk menampung jumlah pelanggan yang meningkat. Oleh itu, kami meluaskan lagi cawangan ini bagi menampung perkhidmatan selepas jualan dan pada masa yang sama, membuka bilik pameran ini bagi pelanggan yang ingin melawat dan membeli kenderaan Toyota,” kata Ravindran Kurusamy, Presiden UMW Toyota Motor.

Bilik pameran baharu ini dibangunkan dengan kos berjumlah RM1 juta dan menerapkan konsep ‘Toyota Next Generation Showroom’. Ia mampu memuatkan sehingga tiga buah kenderaan pada satu-satu masa dan mempunyai ruang menunggu yang lengkap dengan pelbagai kemudahan termasuk Wifi percuma.

Toyota kini mempunyai hampir 100 cawangan perkhidmatan jualan dan servis di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, Labuan serta Langkawi.

 

Previous post

Pengambilalihan Proton: Semua Pembida Masih Bersaing, Penilaian FSP Berterusan

Next post

Kawasaki Z900 ABS Dijual Pada Harga Bermula Dari RM49,158

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *