Berita Auto

Mofaz Buka Mercedes-Benz Autohaus di Kelantan dan Terengganu

Mercedes-Benz Malaysia dan pengedar sah, Mofaz Exotic Car telah merasmikan pembukaan Mercedes-Benz Mofaz KB Autohaus di Kelantan, and Mercedes-Benz Mofaz KT Autohaus di Terengganu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Mercedes-Benz Mofaz KB Autohaus merupakan kemudahan berkeluasan 5,372 kaki persegi yang memuatkan empat kenderaan di dalam bilik pameran dan tiga ruang servis. Sementara itu, dengan keluasan 4,435 kaki persegi, Mercedes-Benz KT Autohaus pula mampu menempatkan tiga kenderaan di bilik pameran dan tiga ruang servis.

Mercedes-Benz Mofaz Kota Bharu Autohaus (9)

Mofaz Exotic Car adalah satu-satunya pengendali Mercedes-Benz Autohaus di Kelantan dan Terengganu. Setiap satu Autohaus diuruskan oleh kakitangan seramai 14 orang yang terlatih dalam jualan, teknikal dan alat ganti. Secara keseluruhannya, kedua-dua Autohaus ini mampu menyelenggara sehingga 131 buah kenderaan sebulan.

Mercedes-Benz Mofaz Kota Bharu Autohaus (8)

Dengan pelaburan sehingga RM600,000 kedua-dua Autohaus juga mematuhi piawaian Mercedes-Benz Presentation System II (MPS II), lengkap dengan identiti korporat (CI) Mercedes-Benz baharu. Mercedes-Benz Autohaus Mofaz Kota Bharu dan Mercedes-Benz Autohaus Mofaz Kuala Terengganu adalah sebahagian daripada tiga pengedar sah di Mercedes-Benz Malaysia untuk pelanggan di Pantai Timur.

Mercedes-Benz Mofaz Kota Bharu Autohaus (4)

Mercedes-Benz Mofaz Kota Bharu Autohaus terletak Lot 422-425, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu, Kelantan, manakala Mercedes- Benz Mofaz Kuala Terengganu Autohaus terletak di No. 179, Jalan Sultan Mohamad, 21100 Gong Kapas, Kuala Terengganu, Terengganu.

Mercedes-Benz Mofaz Kota Bharu Autohaus (2)

Untuk info lanjut, layari www.mofaz.mercedes-benz.com.my atau hubungi Mercedes-Benz Mofaz Kota Bharu Autohaus di talian 09 747 4500 atau  Mercedes-Benz Mofaz Kuala Terengganu Autohaus di talian 09 626 1200.

Previous post

Volvo Cars Dinamakan Salah Satu Syarikat Paling Beretika di Dunia 2017

Next post

Jazeman Jaafar Sertai Akademi Pelumba McLaren GT

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *