Cerita Auto

MINI Malaysia Perkenal Ciri Tambahan dan Program Full Circle untuk MINI 3 Door dan 5 Door

MINI Malaysia hari ini memperkenalkan program Full Circle, satu program pembiayaan terkini yang disediakan oleh pihak BMW Credit Malaysia. Program tersebut menawarkan lebih fleksibiliti dan ketenangan minda pada masa depan apabila anda memiliki MINI 3 Door dan 5 Door. Jenama automotif kompak premium yang paling sofistikated di Malaysia turut mengumumkan penambahan ciri baharu ke dalam kenderaan ikoniknya.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Direka untuk meningkatkan aspek fleksibiliti dan jaminan kepada para pemilik MINI, program baru yang telah diubah suai itu menawarkan rangkaian pilihan penyelesaian pinjaman lebih luas berdasarkan kepada bajet pemiliknya. Ia menawarkan pelbagai pelan fleksibel melibatkan bayaran bulanan dan tempoh pinjaman lebih pendek. Pelan itu juga menjanjikan pengalaman pemilikan yang menenangkan minda dengan menetapkan nilai kenderaan MINI pada masa depan apabila ia dibeli menerusi program tersebut.

Para peminat MINI akan memulakan pengalaman pemilikan mereka menerusi model kegemaran masing-masing, sebelum menyatakan jumlah perbatuan untuk menikmati MINI baharu mereka. Di akhir tempoh tersebut, mereka akan diberi beberapa cara untuk menyelesaikan bayaran – sama ada dengan menyerahkan kunci kepada MINI Financing berdasarkan kepada terma dan syarat program; melakukan trade-in atau menjual MINI mereka kepada mana-mana pengedar sah MINI untuk mendapatkan sebuah MINI baharu; menjelaskan semua bayaran dan menyimpan MINI kesayangan mereka; atau melanjutkan tempoh kontrak untuk menikmati MINI mereka dalam tempoh lebih lama.

Program Full Circle bermula dari RM1,348 sebulan untuk model 3 Door dan dari RM1,378 sebulan bagi 5 Door. Program ini sah untuk model-model baharu MINI Hatch sahaja.

Ketika memperkenalkan program pembiayaan baru itu, MINI Malaysia mengambil peluang untuk meningkatkan spesifikasi varian-varian 3 Door dan 5 Door.

MINI 3 Door – Diperhalusi untuk menawarkan pengalaman lebih baik.

MINI Cooper S 3 Door (4)

Varian Cooper kini didatangkan dengan gril dan hendal pintu belakang berwarna hitam berkilat. Ciri itu membuatkannya kelihatan semakin moden tanpa menjejaskan siluet klasiknya. Sementara teknologi LED yang canggih hadir dalam bentuk lampu utama dan lampu kabus. Dipasang pada semua model MINI, lampu tersebut jelas menyerlah pada waktu malam dan siang – ia diserlahkan lagi menerusi lampu nyalaan siang berbentuk omega.

MINI Cooper S 3 Door (1)

Ruang kabin Cooper 3 Door kini dilengkapi pendingin hawa automatik dua zon yang mengawal suhu kabin, pengedaran udara dan jumlah angin secara automatik, tanpa bergantung kepada kelajuan kenderaan. Satu lagi ciri baru iaitu paparan MINI Visual Boost bersaiz 6.5 inci pula meningkatkan hubungan di antara pemandu dan jentera. Dengan MINI Connected Ready App, anda boleh mengintegrasikan aplikasi telefon pintar kegemaran seperti Spotify dan mengawalnya secara terus menggunakan MINI Visual Boost.

MINI Cooper S 3 Door (5)

Turut ditambah baik pada Cooper S 3 Door ialah Comfort Access – satu sistem pintar yang tidak lagi memerlukan anda mencari kunci untuk membuka pintu dan menghidupkan enjin kereta. Anda hanya perlu mendekati kenderaan dalam jarak 1.5 meter dan sistem akan mengesan kehadiran kunci yang dibawa dan pintu boleh dibuka dengan hanya menekan butang pada hendal pintu. Sebaik sahaja pemandu masuk ke dalam kabin, sistem itu akan mengaktifkan butang Start/Stop supaya enjin boleh dihidupkan. Kereta akan dikunci secara automatik sebaik sahaja butang pada bahagian luar hendal pintu ditekan.

MINI Cooper S 3 Door (7)

Varian John Cooper Works 3 Door menerima naik taraf dari segi Comfort Access, cermin pandang belakang anti silau dan kamera undur.

MINI 5 Door – Lebih berhubung untuk menawarkan pemanduan yang mengujakan di kawasan bandar.

MINI Cooper S 5 Door (2)

Cooper 5 Door hadir bersama gril dan hendal pintu belakang berwarna hitam berkilat, selain lampu utama dan lampu kabus LED. Ia turut dilengkapi pendingin hawa automatik dua zon untuk keselesaan yang terbaik.

MINI Cooper S 5 Door (5)

Cooper S 5 Door juga hadir dengan Comfort Access System demi memenuhi keperluan pemanduan di kawasan urban.

MINI Cooper S 5 Door (6)

Semua varian MINI 3 Door dan 5 Door didatangkan bersama jaminan perbatuan tanpa had selama 4 tahun dan servis berjadual percuma. Anggaran harga runcit (di atas jalan untuk pendaftaran peribadi, tidak termasuk insurans) ialah:

Cooper 3 Door – RM 188,888

Cooper S 3 Door – RM 229,888

John Cooper Works 3 Door – RM 293,888

Cooper 5 Door – RM 193,888

Cooper S 5 Door – RM 239,888

Previous post

Kasma Bersedia Untuk ke Sepanyol

Next post

Bagaimanakah BMW 5-Series Baharu Berbeza Dari Segi Penampilan Dengan Yang Semasa?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *