Motosikal / Lain Lain Roda

Kasma Bersedia Untuk ke Sepanyol

Bintang meningkat naik, Kasma Daniel Kasmayudin meraih keyakinan untuk membuat penampilan pertama di pentas Kejuaraan Moto3 Remaja Dunia setelah meraih kemenangan kedua dalam kelas CP150 pada Pusingan 2 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berakhir di Litar Lumba Tangkak, Johor, hari ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_20160610

Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor berusia 17 tahun itu mudah melepasi garisan penamat dengan masa keseluruhan 15’14.809s, tujuh saat dihadapan pemenang tempat kedua, Md Adib Rosley (Motul Zeneos Yamaha YY Pang) yang menamatkan 20 pusingan perlumbaan dengan masa 15’20.996s.

Sementara itu, Norizman Ismail (Onexox TKKR Racing) meraih podium pertama buat pasukan yang beraksi buat kali pertama dalam kelas perdana dengan masa 15’24.089s setelah bersaing sengit sehingga ke garisan penamat bersama Ahmad Afif Amran (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ dan rakan sepasukan Kasma Daniel, Abd Muhaimin Roslan.

“Perlumbaan hari ini tidak semudah yang disangka. Wlaaupun selesa di hadapan, saya terpaksa bekerja keras uuntuk mengawal tayar disebabkan permukaan litar yang licin dan cuaca yang panas. Tayar tidak begitu mencengkam menyebabkan dan agak mencabar untuk saya mengekalkan kelajuan,” jelas Kasma.

CP150 Podium, from left, Adib, Kasma And Norizman

Sementara itu, Adib yang berada di tempat kedua mengakui agak sukar untuknya mengejar Kasma yang jauh dihadapan. “Saya tidak berani untuk cuba merapatkan jurang dengan Kasma kerana terdapat permukaan litar yang sudah rosak dan keadaannya semakin lama semakin teruk. Menyedari pelumba lain jauh di belakang, saya hanya mengekalkan kedudukan sehingga ke garisan penamat,” jelas Adib.

Pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor meneruskan penguasaan dalam saingan CP115 apabila Mohd Akid Aziz turut meraih kemenangan kedua berturut-turut manakala Mohd Haziq Fairues menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga.

Akid mempamerkan aksi menakjubkan apabila muncul juara dengan masa keseluruhan 11’54.345s sekalipun sedikit ketinggalan pada peringkat awal perlumbaan setelah terjatuh pada pusingan kedua.

Kasma in action at Tangkak

Ahmad Syukran Aizat (PETRONAS SPrinta Yamaha-CKJ) muncul naib juara dengan masa 11’56.690s manakala Haziq dengan masa 11’56.787s.

Perlumbaan kelas Wira menjadi milik duo PETRONAS Sprinta Yamaha-AFB Tech, Md Aiman Tahiruddin yang muncul sebagai pemenang setelah menamatkan 15 pusingan perlumbaan dengan masa 9’40.633s, diikuti Md Khairi Asyraf Mahmood, 9’42.552s dan Md Syarifuddin Azman (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) ketiga, 9’46.410s.

Sebahagian pelumba kebangsaan akan beraksi dalam saingan Kejuaraan Motosikal Asia FIM di Pasir Gudang, Johor, 1 dan 2 April ini manakala Pusingan 3 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2017 akan berlangsung di Kemaman, Terengganu pada 5 dan 6 Mei 2017.

Previous post

BMW X2 Disahkan Untuk Pengeluaran

Next post

MINI Malaysia Perkenal Ciri Tambahan dan Program Full Circle untuk MINI 3 Door dan 5 Door

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *