Berita Auto

Mercedes-Benz Malaysia Commercial Vehicles Serah Trak Fuso ke-300 kepada Biforst Logistics

Mercedes-Benz Malaysia Commercial Vehicles (MBM CV), pengedar trak Fuso di Malaysia, meraikan penyerahan trak Fuso ke-300 kepada Biforst Logistics Sdn Bhd.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

“Mercedes-Benz Malaysia Commercial Vehicles amat berbangga dalam menyampaikan ‘trak yang boleh dipercayai” dan dengan berbuat demikian kami benar-benar gembira kerana Biforst Logistics mendapat manfaat yang besar daripada kenderaan komersial dan rangkai perkhidmatan kami yang menyeluruh,” kata naib presiden Mercedes-Benz Malaysia Commercial Vehicles, Albert Yee.

Pelanggan Fuso sejak 2006, Biforst Logistics mempunyai barisan trak yang merangkumi model trak tugas ringan seperti FE71PB, FE83PE, FE83PG dan FE85PG untuk kerja-kerja pengedaran jarak dekat serta trak tugas sederhana seperti FM65FM dan Mercedes-Benz Actros untuk logistik jarak jauh.

Photo 2

Pada majlis yang sama, kedua-dua pihak juga menandatangani memorandum persefahaman (MoU) sebagai tanda rasmi komitmen Biforst Logistics untuk membeli trak berkuasa elektrik pertama di negara ini aitu Fuso eCanter. Majlis tandatangan tersebut disaksikan oleh Pengerusi Biforst Group Sdn Bhd, Yang Teramat Mulia Dato’ Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan Dato’ Haji Muhammad bin Abdullah, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, Y.B. Datuk Ab. Aziz Kaprawi dan Pengarah Urusan Mercedes- Benz Services Malaysia Sdn Bhd, Mike Ponnaz.

Sesuai dijadikan sebagai pengangkutan urban dan jarak dekat, eCanter mempunyai konsep bateri modular yang memberikan fleksibiliti mengikut keperluan pelanggan. Pelanggan boleh memilih untuk mendapatkan lebih pek bateri untuk jarak pemanduan yang lebih jauh atau kurang pek bateri untuk muatan yang lebih besar.

 

Previous post

Honda 150SS Racer Buat Kemunculan di Bangkok

Next post

Zaqhwan Catat Masa Terpantas Hari Pertama ARRC

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *