Cerita Auto

Mercedes-AMG GT Concept Sedia Tumbangkan Panamera

Setelah beberapa kali diprebiu, Mercedes-AMG GT Concept akhirnya didedahkan sepenuhnya di Geneva Motor Show 2017. Berbanding dengan model GT dan GTC, kereta konsep ini merupakan sebuah sedan empat pintu yang dibangunkan khas bagi memberi saingan kepada Porsche Panamera.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

GT Concept menggunakan teknologi hibrid yang merangkumi enjin 4.0-liter biturbo V8 serta sebuah motor elektrik yang menghasilkan 805 hp, membolehkan kereta itu memecut dari 0 – 100 km/j dalam kurang dari tiga saat. Teknologi hibrid yang dikenali sebagai EQ Power+ itu juga terdapat pada jentera F1 Mercedes-AMG Petronas Motorsport dan akan digunakan pada model-model hibrid Mercedes-AMG pada masa hadapan.

mercedes-amg-gt-concept-3

Bateri yang digunakan dikatakan lebih berkuasa namun lebih kompak dan ringan berbanding bateri hibrid konvensional. Ia boleh dicas ketika kenderaan sedang bergerak sama ada melalui brek atau dengan bantuan enjin sekiranya kuasa berada di bawah tahap tertentu.

mercedes-amg-gt-concept-5

Sistem pacuan semua roda 4MATIC+ turut disertakan dan disokong oleh sebuah motor elektrik pada gandar belakang dengan efek booster tambahan. Selain itu, ciri ‘torque vectoring’ memastikan setiap tayar mendapat bekalan tork secara berasingan bagi menghasilkan pengendalian yang lebih mantap.

mercedes-amg-gt-concept-4

Walaupun didatangkan dengan empat pintu, GT Concept mempunyai aspek rekaan yang sama dengan model-model GT lain dan ini termasuk gril Panamericana dan lampu belakang yang langsing. Lampu hadapan pula direka dalam bentuk tiga dimensi dan menampilkan teknologi gentian nano aktif.

mercedes-amg-gt-concept-5

Teknologi-teknologi lain yang ditampilkan termasuklah penutup radiator aktif serta lubang ambilan udara sisi yang diinspirasikan oleh sistem kawalan udara aktif Airpanel yang digunakan pada AMG GT R. Dan seperti kebanyakan konsep lain, kereta ini dilengkapi dengan kamera mini yang berfungsi sebagai cermin sisi.

Previous post

MaxxOil Sekarang Jual Minyak Enjin Motosikal di Malaysia

Next post

Volvo 262C Kini Berusia 40 Tahun

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *