Berita Auto

Volvo 262C Kini Berusia 40 Tahun

40 tahun lalu, persepsi terhadap jenama Volvo berubah sepenuhnya dengan pelancaran model 262 Coupe (262C) di Geneva Motor Show 1977. Penerimaan pelanggan terhadap model tersebut jauh lebih baik dari yang dijangkakan walaupun berharga lebih dua kali ganda berbanding model asas dalam siri 200.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Kisah 262C bermula dengan lakaran oleh Jans Wilgaard, ketua pereka Volvo pada masa itu. Beliau tidak membina model tanah liat bagi model tersebut, namun sebaliknya menggunakan model 164 sebagai asas. Kereta tersebut kemudiannya dibawa ke syarikat milik Sergio Coggiola di Turin, Itali, di mana ia direka semula menjadi kereta dua pintu dengan bumbung yang lebih rendah.

6114_Volvo_262_C

262C dikuasakan oleh enjin 2.7-liter V6 yang menghasilkan 140 hp. Ia mempunyai berat kurang dari 150 kg hasil dari penggunaan blok dan kepala silinder aluminium. Dibangunkan dengan kerjasama Peugeot dan Renault, enjin tersebut turut digunakan pada model-model Volvo siri 260 yang lain.

???????????

Oleh kerana ia dikeluarkan dalam jumlah yang kecil, pemasangan tidak boleh dilakukan di kilang Volvo di Gothenburg. Sebaliknya, 262C dihantar ke syarikat Bertone bagi kerja-kerja pemasangan akhir. Komponen-komponen dihantar ke Turin di mana badan kereta tersebut diubahsuai, dicat dan dipasang menjadi produk yang lengkap. Logo Bertone pada dapra hadapan menjadi lambang hasil kerja syarikat tersebut.

6115_Volvo_262_C

Volvo mensasarkan jualan sebanyak 800 unit setahun, namun jumlah tersebut terlalu rendah jika dibandingkan dengan permintaan pelanggan. Secara keseluruhan, pengeluar kenderaan dari Sweden itu mengeluarkan sebanyak 6,622 unit 262C dari 1977 hingga 1981.

?????????????????????????

Berikut adalah lima perkara yang anda patut tahu tentang 262C:

  1. Ia bukan model dua pintu pertama dalam siri 260. Dari 1976 hingga 1977, sebanyak 3,329 unit model 262 GL telah dikeluarkan secara eksklusif untuk pasaran Amerika Utara. Model tersebut mempunyai dua pintu seperti 242, namun ia lebih ekslusif dan mempunyai enjin V6.
  2. 262C adalah satu-satunya model Volvo yang dikeluarkan dengan atap vinil.
  3. Prototaip yang dibina oleh Coggiola kini ditayangkan di muzium Volvo di Gothenburg.
  4. Firma bebas Solaire pernah membina 262C edisi cabriolet untuk pasaran Amerika Utara. Hanya lima unit dihasilkan.
  5. CEO Volvo, Pehr G Gyllenhammar pernah mempunyai 262C yang dibina khas sebagai kereta syarikatnya. Ia dicat merah di dalam dan di luar, dan menampilkan enjin turbo empat silinder B21ET. Bingkai badan dan gril dicat dalam warna hitam matte yang menjadi inspirasi kepada gril hitam pada model GLT dan Turbo pada 1984.
Previous post

Mercedes-AMG GT Concept Sedia Tumbangkan Panamera

Next post

Mercedes-Benz Lancar A200 Urban Hunting Activity Edition

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *