Cerita Auto

McLaren 720S Pemilik Baru Takhta Super Series

McLaren memulakan langkah pertama menuju era baru dengan pelancaran 720S di Geneva Motor Show. Model terbaru dalam barisan Super Series itu tampil lebih ringan, laju serta lebih aerodinamik berbanding 650S yang bakal digantikannya.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Sebagai contoh, lubang radiator pada bahagian sisi yang terdapat pada 650S telah disingkirkan dan digantikan dengan rekaan ‘double-skin’ pada pintu dihedral yang bertanggunjawab mengalirkan udara ke radiator bagi penyejukan enjin.

7509-McLaren+720S-10-Studio

Kabinnya 720S pula kekal ringkas dan bersahaja dengan kombinasi material kulit dan aluminium. Kelangkapan utama kali ini adalah sistem McLaren Driver Interface yang merangkumi Folding Driver Display serta Central Infotainment Screen.

7529-McLaren+720S-30-Interior

Folding Driver Display boleh beroperasi dalam dua mode iaitu mod paparan penuh yang menyediakan pelbagai maklumat kenderaan, atau mod ringkas di mana unit tersebut dilipat bagi menghasilkan paparan yang lebih mudah dibaca. Diletakkan secara menegak di tengah papan pemuka, Central Infotainment Screen membolehkan pemandu mengawal fungsi utama kenderaan dengan mudah.

7534-McLaren+720S-03-Studio

Seperti yang didedahkan sebelum ini, 720S dikuasakan oleh enjin M840T 4.0-liter dwi-turbo V8 yang mempunyai kandungan baharu sebanyak 41 peratus berbanding enjin 3.8 liter sebelum ini. Hasilnya adalah 720 PS pada 7,500 rpm dan dan 770 Nm pada 5,500 rpm.

7513-McLaren+720S-14-Studio

Dengan transmisi klac berkembar tujuh kelajuan yang menyalurkan kuasa ke gandar belakang, 720S memerlukan hanya 2.9 saat untuk memecut dari 0 hingga 100 km/j dan ia mampu mencapai kelajuan maksimum 341 km/j. Prestasi membreknya juga tidak kurang hebat; 720S mampu berhenti sepenuhnya dari kelajuan 200 km/j dalam hanya 4.6 saat, dalam jarak 117 meter.

7525-McLaren+720S-26-Interior

Tradisi menggunakan casis gentian karbon diteruskan dengan tub gentian karbon dan struktur atasan baharu yang dikenali sebagai Monocage II. Teknologi yang digunakan membantu dalam meningkatkan ketegaran casis sambil mengekalkan berat badan pada tahap minimum. Selain gentian karbon, aloi aluminium turut digunakan bagi membentuk casis dan panel badan.

7508-McLaren+720S-09-Studio

Sebagai tambahan kepada suspensi baharu dan stereng elektrohidraulik, 720S juga dilengkapi dengan sistem Proactive Chassis Control generasi kedua yang menawarkan mod Comfort, Sport dan Track. Dengan sedikit kemahiran, pemandu juga boleh melakukan aksi drift dengan ciri Variable Drift Control yang boleh diaktifkan dalam mod Sport dan Track sahaja.

Previous post

Volkswagen Polo 1.6 Hatchback Kini Lebih Murah

Next post

Ford Sync 3 Sekarang Memahami Mandarin di China!

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *