Berita Auto

Kenyataan Mercedes-Benz Malaysia Berkenaan Panggilan Semula Daimler AG

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan panggilan semula oleh Daimler AG yang melibatkan sejuta unit kenderaan jenama itu di seluruh dunia akibat risiko kebakaran.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Menurut kenyataan tersebut, Daimler AG telah mengenal pasti penghad arus (current limiter) bermasalah yang boleh menyebabkan motor penghidup menjadi terlalu panas jika enjin cuba dihidupkan berkali-kali. Ini mungkin berlaku kepada kenderaan yang pernah menghadapi kerosakan seperti ditenggelami banjir (situasi yang dikenali sebagai ‘hydrolocked engine’).

Beberapa laporan mengatakan bahawa panggilan semula itu melibatkan model-model  C-Class, E-Class, CLA, GLA dan GLC yang dikeluarkan dari 2015 sehingga 2017. Sebanyak 51 kes kebakaran telah dilaporkan setakat ini dan 30 daripadanya berlaku di Amerika Syarikat.

MBM berkata pihaknya masih sedang menunggu maklumat lanjut daripada Daimler AG, dan akan memaklumkan para pelanggan dengan serta-merta selepas butiran diterima.

Syarikat itu juga menegaskan yang ia akan mengambil langkah-langkah yang perlu mengikut garis panduan dan prosedur global yang ketat. Dalam pada itu, pelanggan yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian khidmat pelanggan MBM di talian 1-800-88-1133.

 

 

Previous post

Mitsubishi Outlander 2017 Lebih Lengkap Serta Bergaya

Next post

Infiniti Project Black S - Kereta Sport Diinspirasikan oleh F1

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *