Cerita Auto

Mitsubishi Outlander 2017 Lebih Lengkap Serta Bergaya

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah mengumumkan kehadiran SUV Outlander yang diperbaharui bagi 2017.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dilancarkan pertama kali di Malaysia pada April 2016, Outlander kini dilengkapi dengan brek parkir elektronik, antena berbentuk sirip jerung serta lampu dalaman di bahagian lantai yang menyala sebaik sahaja pintu dibuka.

2017 Mitsubishi Outlander 03

Selain itu, Outlander mengekalkan ciri-ciri dan kelengkapan yang sama seperti sunroof, tailgate elektrik dengan ciri anti-pinch, lampu depan LED dengan lampu nyalaan siang serta rim aloi dwi-tone bersaiz 18 inci. Kabinnya pula menampilkan tujuh tempat duduk yang dibalut kulit, serta lampu dan pengelap cermin automatik.

Outlander dikuasakan oleh enjin MIVEC 2.4-liter empat-silinder dan transmisi jenis CVT yang menghasilkan 167 PS pada 6,000 rpm dan 222 Nm tork pada 4,100 rpm. Ia juga dilengkapi dengan sistem 4WD dengan tiga pilihan mod iaitu ECO, 4WD Auto dan 4WD Lock.

2017 Mitsubishi Outlander 02

Aspek keselamatan pula terdiri daripada tujuh beg udara, Active Stability and Traction Control (ASTC), Hill-start Assist (HSA), ABS dengan EBD serta cagak Isofix untuk tempat duduk kanak-kanak.

Diimport sepenuhnya dari Jepun (CBU), Outlander dijual pada harga RM171,000 termasuk jaminan selama lima tahun atau 100,000 km. SUV ini boleh didapati dalam tiga warna iaitu Red Metallic, Grey Metallic dan White Pearl.

2017 Mitsubishi Outlander 04

Previous post

Pelanggan Bertuah Bawa Pulang Angpow Terbesar dari Volkswagen

Next post

Kenyataan Mercedes-Benz Malaysia Berkenaan Panggilan Semula Daimler AG

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *