Motosikal / Lain Lain Roda

GIVI Bersama Yuzy Racing Team Untuk Tahun Kelima

Pembuat barangan aksesori motorsikal terkemuka dunia berasal dari Itali, GIVI telah melanjutkan penajaan bersama Yuzy Racing Team untuk kejohanan Petronas Malaysian Cub Prix dan Asia Road Racing Championship bagi tahun 2017. Ini merupakan tahun kelima berturut-turut sejak 2012, GIVI telah menjadi penaja utama bagi pasukan diketuai oleh bekas pelumba tersohor negara, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini.

Yuzy Racing Team 2017

“Tahun 2017 ini merupakan detik penting dalam Cub Prix dimana jentera 150cc dijadikan sebagai tarikan utama di kategori paling atas iaitu CP150 bagi menggantikan CP130. Justeru, penantian dari kalangan peminat sukan permotoran sangat tinggi’, kata Yuzy. Beliau menambah,” Penajaan GIVI untuk tahun kelima berturut-turut ini sangat bermakna kerana jenama antarabangsa ini terus percaya untuk bersama kami didalam rancangan penjenamaan mereka di Malaysia malah rantau Asia.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Untuk tahun ini juga kami akan memakai Helmet GIVI Carbon Fibre HPS40.5 yang diadaptasi untuk kegunaan perlumbaan. Yang menariknya ialah corak grafik ini merupakan yang diguna oleh saya ketika menjadi pelumba di kejohanan GP dunia dari tahun 1996-2002”.

HPS40.5 Helmet2HPS40.5 Helmet3

Pengarah Urusan GIVI Asia Sdn Bhd, On Hai Swee berkata, “Kami sangat berbesar hati untuk kembali menaja Yuzy Racing Team. Bukan itu saja, malah kami juga akan turut serta bersama-sama di tapak promosi Cub Prix untuk beberapa siri. Dengan penambahan jumlah barangan GIVI, kami akan terus mendekati pengguna, meningkatkan pemasaran dan jualan terutama di luar lembah Klang. Juga di dalam perancangan kami ialah Helmet Edisi Khas Yuzy Racing bagi seluruh peminat sukan permotoran khususnya dan penunggang motorsikal umumnya”.

Kejohanan 10 pusingan Cub Prix akan bermula di Temerloh, Pahang pada 4-5 Mac dan berakhir di Batu Kawan, Pulau Pinang pada 18-19 November.

GIVI Honda Yuzy Racing Bike

Previous post

Pengenalan MINI Seven Edition Baharu.

Next post

Lagi Nombor Plat Kebal Undang-Undang. Adakah Ini Dibenarkan?

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *