Berita Auto

Dapatkan Rebat Tunai Dengan Promosi Toyota Magnificent Drive

UMW Toyota Motor sedang mengadakan promosi ‘Magnificent Drive’ sepanjang bulan Mac ini, di mana pengedar-pengedar sah Toyota di seluruh negara menawarkan rebat tunai sehingga RM5,000 untuk model terpilih. Sesetengah model juga didatangkan dengan servis atau aksesori percuma.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Carta di bawah menunjukkan butiran mengenai rebat tunai dan tawaran tambahan untuk model-model terpilih.

Toyota Magnificent Drive Promo

Kesemua model Toyota mempunyai jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan (kecuali Hilux yang mempunyai had sehingga 150,000 km). Bagi Camry Hybrid pula, pek baterinya dilindungi oleh jaminan sehingga lapan tahun. Jaminan tersebut boleh dipindah milik kepada pemilik seterusnya jika ia masih belum tamat tempoh semasa kenderaan dijual.

Selain daripada promosi tersebut, bilik-bilik pameran Toyota di seluruh negara juga akan menganjurkan kempen ‘Weekender’ dengan pelbagai aktiviti untuk seisi keluarga dari 10 hingga 12 Mac ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi ‘Magnificent Drive’ atau lokasi bilik pameran yang menyertai, layari www.toyota.com.my atau hubungi Toyota Freephone di 1800-8-TOYOTA (869682).

 

Previous post

Outlet ke-12 Mercedes-Benz Cycle & Carriage Bintang Dibuka di Cheras

Next post

Tan Chong Group Catat Pengeluaran 1 Juta Kenderaan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *