Berita Auto

Outlet ke-12 Mercedes-Benz Cycle & Carriage Bintang Dibuka di Cheras

Mercedes-Benz Malaysia dan Cycle & Carriage Bintang mengukuhkan kerjasama yang sedia terjalin dengan pelancaran pusat 3S C&C Cheras Autohaus hari ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dengan pelaburan berjumlah RM16 juta, Cheras Autohaus merupakan sebahagian daripada pelaburan keseluruhan C&C bernilai RM155 juta di wilayah tengah semenanjung Malaysia.

CCB Cheras Interior (4)

Dengan kawasan seluas 48,642 kaki persegi, C&C Cheras mempunyai bilik pameran yang mampu memuatkan 15 kenderaan dan tujuh ruang servis. Ia diuruskan oleh seramai 40 kakitangan dalam bidang jualan, teknikal dan alat ganti, dengan kapasiti servis sehingga 300 kenderaan sebulan.

CCB Cheras Workshop Area (3)

Patuh pada standard Mercedes-Benz Presentation System II (MPS II), Autohaus ini juga menampilkan identiti korporat terbaru jenama itu. Terdapat juga khidmat Service Differentiation yang membolehkan pelanggan menikmati pelbagai kemudahan mengikut gaya hidup masing-masing.

Selain itu, pusat itu juga menyediakan lounge dengan skrin sesentuh digital, serta cafe dengan pencahayaan semula jadi.

CCB Cheras Mercedes-Benz Cycle & Carriage Bintang Cheras Autohaus

C&C Cheras terletak di No.190, Jalan Lanchang, Batu 5, Off Jalan Cheras, 56100 Kuala Lumpur. Maklumat lanjut, lawati www.ccb.mercedes-benz.com.my atau hubungi Geetha Menon di 03-7872 8100, geethamenon@ccb.com.my.

Previous post

Cub Prix Jalin Kerjasama Dengan KBS

Next post

Dapatkan Rebat Tunai Dengan Promosi Toyota Magnificent Drive

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *