Gaya Hidup

Proton Persona Dan Saga Baharu Diperkenalkan Di Brunei

PROTON Holdings Berhad (“PROTON” atau “Syarikat”) melalui pengedar utamanya di Brunei, PAD Motors Sdn Bhd (“PAD”), memperkenalkan secara rasmi Proton Persona 1.6L serba baharu dan Proton Saga 1.3L generasi ketiga pada 27 Januari 2017 di pusat beli belah Times Square.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Majlis itu disempurnakan oleh Puan Rafedah binti Abdul Aziz, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Brunei Darussalam. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Dato’ Ahmad Fuaad Kenali, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Encik Mohd Khalid Yusof, Pengarah Transformasi dan Ketua Jualan Antarabangsa, PROTON, Dr. Haji Supry bin Haji Ladi, Pengarah Pengangkutan Darat Brunei, Encik Hambali Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato’ Seri Paduka Hj Mohd Salleh dan Encik Tan Kah Boon, Pengarah PAD, dan Cik Gina Tan Koh Poi, Pengurus Besar PAD.

Photo 4

Dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada Ogos 2016 dan September 2016 bagi kedua-dua model ini, pelanggan di Brunei merupakan negara pertama di luar Malaysia untuk merasai kereta buatan Malaysia yang memberikan nilai hebat. Persona serba baharu dan Saga baharu ini dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang lebih maju seiring dengan ciri-ciri pemanduan dan pengendalian PROTON yang tersendiri. Sebelum ini, PROTON memperkenalkan Proton Iriz untuk pasaran Brunei pada 1 Oktober 2016.

“Kami berasa gembira kerana Persona dan Saga, yang diterima dengan baik di pasaran Malaysia, telah menarik minat para pengguna di Brunei. Persona serba baharu dievolusikan secara ketara dari segi ciri-ciri, teknologi hebat, reka bentuk dan binaannya, termasuk pemanduan dan pengendalian yang lebih baik serta pengurangan dari segi getaran, bunyi dan kekasaran (NVH). Bagi kelasnya, Proton Persona serba baharu ini memberikan pemanduan yang menyeronokkan,” kata Dato’ Fuaad.

Photo 3

“Kedua-dua Persona dan Saga direka dengan baik serta memberi nilai yang berbaloi untuk dimiliki, selamat dan dilengkapi dengan ciri-ciri praktikal. Kereta-kereta ini dilengkapi ciri-ciri keselamatan aktif dan pasif dan masingmasingnya telah diberi penarafan 5 bintang dan 4 bintang oleh ASEAN NCAP, bagi Persona dan Saga,” tambah Dato’ Fuaad.

Di Brunei, Persona serba baharu boleh didapati dalam varian 1.6L Executive CVT manakala Saga baharu pula didatangkan dalam 2 varian, 1.3L – Executive CVT dan Premium CVT. Kedua-dua varian boleh didapati dalam 6 warna menarik.

Photo 1 (1)

Persona serba baharu dan Saga baharu ini telah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan daripada industri automotif di Malaysia. The STAR Carsifu Editor’s Choice Awards 2016 menganugerahkan Proton Persona Premium CVT sebagai ‘Kereta Kompak Terbaik 2016; ASEAN NCAP Grand Prix 2016 telah menobatkan Proton Saga sebagai ‘Bintang Yang Meningkat’ manakala Anugerah Kereta Tahunan Malaysia 2016 mengiktiraf kedua-dua Persona dan Saga masing-masingnya, ‘Model Paling Meningkat dari segi Kecekapan Bahan Api’ dan Kereta Nilai Untuk Wang.

Persona serba baharu dan Saga baharu kini dibuka untuk pandu uji dan tempahan di semua cawangan PROTON di Brunei yang dikendalikan oleh pengedar tunggal PROTON, PAD Motors Sdn Bhd. PAD telah membuka bilik pameran baharu di Bandar Seri Begawan yang terletak di Unit 1-4, Kompleks Beribi, Spg. 607-17, Jalan Gadong BE1118, Brunei Darussalam.

Untuk maklumat lanjut mengenai PROTON di Brunei atau untuk tempahan pandu uji, pelanggan boleh menghubungi PAD di +673 2650075 (Tel) dan +673 2650072(Faks) atau emel: padcarbrunei@gmail.com.

 

Previous post

BMW 5 Series Touring 2017 Tampil Elegan Walau Berbadan Besar

Next post

Abdul Rashid Musa Dilantik Sebagai Ketua Eksekutif Proton Edar

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *