Cerita Auto

Produksi Lamborghini Urus Bermula April Ini – CEO

Setelah sekian lama, produksi Lamborghini Urus akan bermula pada April tahun ini di Sant’Agata, Itali. Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lamborghini, Stefano Domenicali dalam satu temubual bersama Digital Trends.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Menurut Domenicali, penghasilan SUV adalah satu proses yang baru bagi syarikat itu dan dengan itu, mereka akan bermula dengan mengeluarkan beberapa buah model pra-siri atau prototaip.

Muncul buat pertama kali di Beijing Auto Show 2012, Urus merupakan SUV kedua Lamborghini selepas LM002 yang diperkenalkan pada 1986.

Lamborghini-Urus_Concept_2012_800x600_wallpaper_05

Ia dijangka menampilkan enjin twin-turbo V8 serta sistem hibrid plug-in yang akan ditawarkan sebagai varian kedua. Tambah Domenicali lagi, SUV tersebut akan dilengkapi dengan tetapan spesifik untuk pelbagai jenis permukaan seperti ais, salji, batu serta pasir.

Lamborghini juga telah mengembangkan kilangnya bagi memenuhi jumlah pengeluaran sebanyak 7,000 unit setahun iaitu 3,500 unit Urus dan 3,500 unit Huracan dan Aventador.

 

 

Previous post

Model-model Mercedes-AMG SLC Sekarang Ditawarkan Dalam Edisi RedArt Dinamik

Next post

Rakan Strategik Asing Kunci Kejayaan Proton

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *