Berita Auto

Rakan Strategik Asing Kunci Kejayaan Proton

Sebagai 100% pemilik Proton, DRB-Hicom yakin bahawa Proton akan menjadi pengeluar kenderaan yang lebih berjaya dengan adanya rakan kongsi strategik asing (Foreign Strategic Partner, FSP). Kemasukan FSP akan memberi manfaat kepada Proton menerusi platform, rangkaian kuasa serta teknologi baharu yang boleh meningkatkan kualiti produk mereka.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

DRB-Hicom juga percaya dengan FSP yang serasi, Proton akan berpeluang untuk meningkatkan ekuiti jenama meraka seterusnya menjadi pengeluar yang berjaya seperti yang dikecapi ketika era 80an dan 90an.

Dalam mencari FSP yang tepat untuk Proton, DRB-Hicom akan menilai tiga kriteria utama iaitu kesesuaian strategik, operasi dan budaya. Kesesuaian strategik membolehkan kedua-dua pihak memperoleh manfaat dari segi teknologi dan produk yang bersesuaian dengan keperluan pasaran masing-masing.

Ia juga akan memastikan Proton mencapai ‘economies of scale’ menerusi operasi domestik mereka.
Dalam menilai rakan kongsi berpotensi, DRB-Hicom menyatakan bahawa produk Proton akan diperkembangkan ke pasaran ASEAN sebelum ke peringkat gobal.

Proton Saga

Kesesuaian operasi pula memastikan Proton dan rakan kongsi melengkapkan kelebihan antara satu sama lain. Struktur syarikat masing-masing perlu digabungkan untuk mencapai operasi yang lancar di kedua-dua belah pihak. Kesesuaian budaya juga penting bagi memacu Proton ke hadapan sambil meningkatkan operasi FSP berdasarkan perancangan jangka masa pendek dan panjang mereka.

Proton juga menawarkan beberapa manfaat kepada rakan kongsi strategik mereka. Pertama, akses kepada barisan kereta mampu milik Proton yang terdiri daripada Persona, Saga, Preve dan Iriz. Kereta-kereta ini dihasilkan mengikut standard pengeluaran dan keselamatan global yang tinggi.

Kedua, rakan strategik Proton juga boleh meningkatkan kapasiti produksi mereka dengan menggunakan kilang Proton di Tanjung Malim. Kilang itu tidak digunakan sepenuhnya dan kemasukan FSP sudah tentu akan membawa faedah kepada tenaga kerja tempatan. Ini bermakna rakyat Malaysia boleh mendapat peluang pekerjaan jika kilang tersebut digunakan sepenuhnya.

Lotus-Evora-400-620x350

Akhir sekali, Proton juga menyediakan akses kepada pasukan R&D mereka serta teknologi platform ringan yang diperolehi daripada Lotus. Gabungan keupayaan kejuruteraan Proton dan Lotus boleh dilihat sebagai batu loncatan kepada FSP bagi memajukan aspek R&D mereka sendiri.

DRB-Hicom juga menegaskan bahawa kemasukan rakan kongsi strategik asing tidak lama lagi merupakan satu langkah penting bagi memastikan kelangsungan jenama itu. Syarikat itu akan kekal sebagai pemilik Proton dengan ekuiti yang besar dalam pengeluar kereta nasional itu.

Sebagai pemegang saham, DRB-Hicom juga akan menilai kemungkinan FSP menggunakan rangkaian vendor tempatan sedia ada.

DRB-Hicom kini sedang menunggu bidaan dari pihak-pihak yang berminat dan akan mengkajinya setelah diterima. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, syarikat itu mensasarkan untuk memuktamadkan perjanjian itu dalam separuh pertama tahun ini.

 

 

 

 

Previous post

Produksi Lamborghini Urus Bermula April Ini - CEO

Next post

Mercedes-Maybach G650 4×4² Landaulet

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *