Cerita Auto

Mercedes-Maybach G650 4×4² Landaulet

Ini merupakan Mercedes-Maybach G650 4×4² Landaulet, versi terakhir G-Class sebelum ia memberi laluan kepada model generasi baru. Dilancarkan pada tahun 1979, SUV gergasi yang juga dikenali sebagai G-Wagen itu merupakan salah satu produk yang paling lama berada dalam barisan produksi Mercedes-Benz.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Gambar serta video model terbaru ini telah dimuatnaik ke Internet  baru-baru ini, lebih awal dari kemunculan rasminya di Geneva Motor Show pada bulan Mac nanti.

Mercedes-Maybach-G650-Landaulet-1

Model ini dijangka menggunakan khidmat enjin 6.0 liter twin-turbo V12 yang menghasilkan lebih dari 600 hp dan 999 Nm tork, serta kotak gear automatik 7 kelajuan. Enjin tersebut turut digunakan dalam Mercedes-Maybach S650.

Mercedes-Maybach-G650-Landaulet-3

Dari segi penampilan, G650 4×4² Landaulet sudah pastinya menampilkan pelbagai ciri-ciri mewah seperti model-model Maybach yang lain namun yang paling menonjol adalah bumbung belakangnya yang boleh dibuka.

 

 

Previous post

Rakan Strategik Asing Kunci Kejayaan Proton

Next post

Honda, Hitachi Jalin Kerjasama Hasilkan Motor Elektrik

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *