Berita Auto

Mercedes-Benz Buka Pusat 3S Kenderaan Komersial di Klang

Mercedes-Benz Malaysia Commercial Vehicles (MBM CV) dan Hap Seng Commercial Vehicle (HSCV) baru-baru ini memperkenalkan pusat 3S kenderaan komersialnya yang terletak di Telok Gong, Klang.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Menurut MBM CV, pusat itu dilengkapi sepenuhnya bagi memudahkan urusan penjualan, penyelenggaraan serta kewangan bagi kenderaan komersial Mercedes-Benz dan FUSO.

“Sebagai sebahagian daripada bahagian trak Daimler, MBM CV bersama-sama dengan HSCV dengan sukacitanya mempersembahkan pusat kenderaan komersial terbaru kami di Klang. Ia merupakan bukti komitmen kami untuk menyediakan produk kelas pertama, kualiti perkhidmatan yang terbaik dan kepakaran selepas jualan yang menyeluruh kepada pelanggan kami,” kata Albert Lee, Naib Presiden Mercedes-Benz Malaysia, Commercial Vehicles.

Dengan keluasan 1 ekar, pusat ini menampilkan pelbagai kemudahan yang mampu untuk menyelenggara sehingga 200 kenderaan komersial setiap bulan. Ia dikendalikan oleh pasukan pentadbiran dan teknikal yang berdedikasi.

Photo 2

Dengan pembukaan pusat yang keenam ini, MBM CV dan HSCV memperluaskan lagi kehadiran mereka di Semenanjung Malaysia (Pantai Barat dan Timur) dan Malaysia Timur. Pusat-pusat 3S ini yang terletak di Kinrara, Kuantan, Kota Kinabalu, Kuching serta Miri menyediakan perkhidmatan bagi kenderaan-kenderaan komersial Mercedes-Benz dan FUSO.

Pusat 3S kenderaan komersial Mercedes-Benz Hap Seng ini terletak di No. 25, Jalan Jala 14/KS 10, Tanjung Industrial Park, Telok Gong, 42000 Pelabuhan Klang, Selangor.

Untuk maklumat lanjut, layari www.hapseng.mercedes-benz.com.my atau hubungi 603 3163 0689.

 

Previous post

BMW Rakan Automotif Rasmi Le Tour de Langkawi 2017

Next post

Mencari-cari Kit Evoque EVOLUTION?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *