Cerita Auto

McLaren Super Series Generasi Kedua Mampu Membrek Dari 200 Km/j Dalam 4.6 Saat

Dengan enjin dwi-turbo 4.0-liter V8 yang berkuasa dan casis karbon sepenuhnya, tidak hairanlah jika McLaren Super Series generasi kedua memerlukan sistem brek yang sama handal bagi menghasilkan supercar yang seimbang.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dalam perkembangan terbaru, McLaren mendedahkan yang model itu mampu berhenti sepenuhnya dari kelajuan 200 km/j dalam 4.6 saat dengan jarak 117 meter, iaitu 6 meter lebih pendek berbanding model 650S. Prestasi itu juga tidak jauh dari jentera lumba P1TM yang hanya memerlukan 4.5 saat dan 116 meter.

Keupayaan sistem brek tersebut telah diuji sepenuhnya menerusi program pembangunan yang paling rumit pernah dijalankan oleh pengeluar supercar itu. Didatangkan sebagai ciri standard, brek karbon seramik itu lebih ringan dan kukuh berbanding keluaran terdahulu.

McLaren Super Series 02

Selain brek, tayar juga penting dalam aspek pengendalian. Dengan kerjasama Pirelli, jurutera McLaren telah membangunkan tayar P Zero Corsa yang mempunyai 6 peratus lebih cengkaman berbanding tayar yang digunakan untuk 650S.

Video di bawah pula menampilkan Super Series dalam ujian dinamik dengan ketua pemandu uji McLaren iaitu Chris Goodwin.

 

Previous post

Porsche Cayenne Platinum Edition Masuk Pasaran Malaysia

Next post

Kawasaki Z650 Berharga RM35,609 di Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *