Cerita Auto

Porsche Cayenne Platinum Edition Masuk Pasaran Malaysia

Sime Darby Auto Performance (SDAP) telah memperkenalkan Porsche Cayenne Platinum Edition baru. Selain penampilan yang lebih sporty, model ini didatangkan dengan pelbagai ciri yang kini dijadikan sebagai standard.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Sebagai contoh, rim RS Spyder berukuran 20 inci ditempatkan di dalam gerbang roda yang lebih lebar. Bahagian dalamannya pula ada tempat duduk sport kulit dengan lapan cara pelarasan, kemasan Alcantara pada panel tengah, logo Porsche pada penyandar kepala, jam analog serta sill pintu keluli tahan karat dengan tulisan “Platinum Edition”.

Porsche Cayenne Platinum Edition 02

Kelengkapan standard lain yang boleh didapati pada Cayenne Platinum Edition termasuklah lampu depan Bi-xenon dengan Sistem Lampu Dinamik Porsche (PDLS), Power Steering Plus dan ParkAssist untuk depan dan belakang. Ciri ini menggunakan bunyi beep dan grafik pada paparan di dalam kabin bagi menunjukkan jarak kenderaan dengan objek lain.

Porsche Cayenne Platinum Edition 04

Model ini boleh didapati dalam warna hitam atau putih sebagai warna standard namun warna-warna metalik seperti Deep Black, Purpurite, Mahogany, Carrera White dan Rhodium Silver juga disediakan sebagai pilihan. Gerbang roda pula dicat dalam warna sama yang dipilih. Pakej “high-gloss” turut disediakan sebagai pelengkap luaran.

Porsche Cayenne Platinum Edition 07

Sebagai ciri tambahan, Cayenne Platinum Edition dilengkapi dengan Porsche Communication Management (PCM) versi terkini yang merangkumi navigasi atas talian dan modul Connect Plus.

Porsche Cayenne Platinum Edition 06

Seperti model Cayenne, Cayenne Platinum Edition dikuasakan oleh enjin 3.6-liter V6 yang menghasilkan 300 hp pada 6,300 rpm. Kotak gear Tiptronic S membolehkan SUV ini memecut dari 0 – 100 km/j dalam 7.7 saat (7.6 dengan pakej Sport Chrono), dengan kelajuan maksimum 230 km/j. Ia menggunakan 9.2 liter bahan api bagi setiap 100 km, bergantung pada tayar yang digunakan.

Porsche Cayenne Platinum Edition 01

Harga runcit asas bagi Cayenne Platinum Edition bermula dari RM698,000 termasuk jaminan selama empat tahun dan pakej penyelenggaraan percuma. Harga yang dinyatakan adalah selepas cukai tanpa yuran pendaftaran, cukai jalan dan insurans.

Previous post

Lagi Satu Model Dalam Siri Barisan Range Rover: Velar

Next post

McLaren Super Series Generasi Kedua Mampu Membrek Dari 200 Km/j Dalam 4.6 Saat

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *