Berita Auto

Litar Antarabangsa Sepang Terima Pensijilan ISO 20121:2012

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) telah menerima pensijilan ISO 20121:2012 Sustainable Event Management System (Sistem Pengurusan Acara Mampan) daripada BSI. SIC merupakan syarikat pertama di Malaysia yang menerima pensijilan ini daripada organisasi tersebut.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

ISO 20121:2012 pertama kali dilancarkan pada tahun 2012 di Olimpik London dengan sasaran untuk meningkatkan kemampanan dalam pengurusan acara melalui pengurangan kos, pelepasan karbon dan sisa. Ia juga menyediakan platform
untuk membantu penganjur acara mengenal pasti impak negatif dari aspek sosial, ekonomi dan alam sekitar yang terjadi.

“Kami bangga menjadi syarikat Malaysia pertama yang dianugerahkan ISO 20121: 2012 oleh BSI Malaysia. Ini adalah satu peristiwa penting bagi kami sebagai venue pelbagai acara dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan untuk dedikasi mereka dalam menjayakan ini,” kata Dato’ Razlan Razali, Ketua Pegawai Eksekutif SIC.

SIC juga pemegang sijil OHSAS 18001:2007 sistem pengurusan kesihatan dan keselamatan, dan ISO 9001:2008 untuk sistem pengurusan kualiti.

 

Previous post

Maserati Levante Masuk Pasaran Malaysia - RM888,800

Next post

Tunggang Uji: Benelli TnT135

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *