Berita Auto

Lagi Teaser Dodge Challenger SRT Demon

Baiklah, ini satu lagi teaser bagi kereta muscle yang ditunggu-tunggu iaitu Dodge Challenger SRT Demon yang akan diperkenalkan secara rasmi di New York Auto Show pada bulan April ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Gambar terbaru yang didedahkan menunjukkan plat yang tertera nama pemilik iaitu Tom Coddington, nombor siri 0757 dan nombor VIN 001121. Plat ini dilekatkan pada sebuah peti besar yang mengandungi pelbagai alat yang didatangkan khas dengan setiap pembelian kereta tersebut (lihat video di bawah).

Sekali lihat, ia mungkin nampak seperti plat biasa yang terdapat pada kereta-kereta berprestasi tinggi lain, namun nama dan nombor yang diberi boleh menjadi petunjuk kepada perincian spesifikasi Challenger SRT Demon yang masih belum didedahkan sehingga hari ini.

Dodge_Challenger_SRT-Demon Teaser crate

Pertama sekali, siapakah Tom Coddington? Menurut laman web Hot Rod, Tom “Ghost” Coddington merupakan salah seorang ahli Ramchargers, iaitu sekumpulan jurutera yang bertanggungjawab membawa Chrysler ke arean sukan bermotor pada era 1960-an. Beliau mungkin menjadi orang pertama yang memiliki Demon.

Berkenaan nombor-nombor itu pula, ada yang mengatakan yang Challenger SRT Demon akan menampilkan kuasa sehingga 1,121 hp. Agak melampau, lebih-lebih bagi kereta ‘street legal’ yang sah di jalan raya dan segala teknologi yang perlu digunakan bagi mematuhi standard pelepasan pasti melibatkan kos yang tinggi.

Besar kemungkinan yang ia akan mempunyai 757 hp, memandangkan Challenger SRT Hellcat sebelum ini didatangkan dengan 707 hp. Ia kedengaran lebih logik dan peningkatan sebanyak 50 hp pastinya sudah cukup untuk membawa model terbaru ini ke tahap yang lebih tinggi.

 

Previous post

Inflator Beg Udara Takata: Honda Malaysia Panggil Semula 24,962 Kereta

Next post

Happy Birthday Euro NCAP

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *