Berita Auto

Inflator Beg Udara Takata: Honda Malaysia Panggil Semula 24,962 Kereta

Honda Malaysia hari ini mengumumkan satu lagi panggilan balik untuk penukaran inflator beg udara penumpang hadapan Takata yang melibatkan 24,962 unit kenderaan yang dikeluarkan pada tahun 2012. Model-model yang terlibat adalah Accord, Jazz, Jazz Hybrid, City, Freed dan Insight.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Honda Malaysia memberi jaminan kepada pelanggan bahawa keselamatan adalah keutamaannya dan ia turut kesal atas kesulitan yang disebabkan.

Takata passenger front airbag recall

Syarikat itu juga menegaskan yang semua model jualan semasa tidak terjejas dengan panggilan semula ini. Setakata ini, tiada kemalangan atau kecedaraan yang berkaitan inflator beg udara tersebut dilaporkan di negara ini.

Pemilik yang terlibat akan dimaklumkan menerusi surat pemberitahuan lengkap dengan maklumat mengenai panggilan semula ini. Mereka yang menerima surat tersebut digesa untuk segera menghantar kenderaan ke pusat pengedar Honda terdekat untuk pemeriksaan lanjutan.

Semua pusat pengedar Honda kini mempunyai stok inflator yang cukup bagi menampung keperluan pelanggan yang terlibat dengan panggilan semual terbaru ini. Pada masa yang sama, Honda Malaysia juga akan terus menggesa Takata untuk menyediakan alat ganti secepat mungkin.

Kerja-kerja penukaran inflator beg udara akan dilakukan setelah alat ganti yang diperlukan tersedia, manakala kos buruh serta alat ganti akan ditanggung sepenuhnya oleh Honda Malaysia. Para pemilik juga boleh menyemak status panggilan semula kenderaan mereka di www.honda.com.my atau www.productrecall.honda.com.my, atau dengan menghubungi 1-800-88-2020.

 

Previous post

Zhuhai Sertai Kalendar Siri TCR Asia Musim 2017

Next post

Lagi Teaser Dodge Challenger SRT Demon

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *