Cerita Auto

Holden Commodore 2017 – Tidak Akan Datang Ke Malaysia

Bilakah kali terakhir anda melihat Holden di Malaysia? Ingat lagi Kingswood dari tahun 70-an? Sayang, ianya semua hanya tinggal kenangan dan mungkin sekarang ada di beberapa gudang besi buruk.

Holden sekarang dalam bab mereka yang terakhir di Australia dan Holden Australia telah menyimpan yang terbaik untuk terakhir, Commodore pengeluaran tempatan, menggabungkan ciri-ciri berteknologi tinggi dengan nilai pelanggan yang luar biasa dan prestasi dinamik Commodore yang telah membina reputasinya pada lebih 38 tahun yang lampau.

Barisan Commodore kali ini telah dipermudahkan untuk 2017 dengan transmisi manual dikhaskan untuk sport sedan V8 dan utes [jenis Proton Arena], manakala model SS-V dan Calais Sportwagon dihentikan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Versi Holden Commodore akhir. Naik taraf dan ciri-ciri 

  • Roda aloi 19″ baharu
  • Cermin Electrochromatic
  • Dalaman Jet Black
  • Tulisan Calais pada pintu belakang
  • “V” plat ambang baharu
  • SS-V Redline stereng dengan kulit berlubang
  • Display Head-Up
  • Navigation Satellite
  • Roda aloi 18 ” hitam
  • Gril hitam, lubang fender, scalps cermin dan DRL keliling
  • Spoiler bibir hitam (Sedan sahaja)
  • Jade hitam pada panel instrumen / roda stereng
  • Sport bar hitam (Ute sahaja)

Sayang tiada siapa akan membawanya ke Malaysia. Mungkin kerana tiada demand di sini memandangkan ianya mahal dan cc enjinnya yang besar.

Selamat tinggal Holden!

 

Previous post

Anda Kini Boleh Membeli Range Rover Klassic 3-Pintu 1978 Yang Dipulihkan Kilang Mereka

Next post

Adakah Brek Anda Berbunyi? YouTuber Ini Terangkan Mengapa Dan Bagaimana Membaikinya!

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *