Cerita Auto

Ford Mula Hantar Raptor F-150 ke China

Ford telah memulakan penghantaran Raptor  F-150 2017 semua-baharu  – off-road trak pikap berprestasi tinggi muktamad  – untuk pelanggan yang tak sabar lagi di China, menandakan kali pertama sebuah trak F-Series yang dibina AS dieksport secara rasmi  ke China.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

F-150 Raptor adalah di dalam kelas tersendiri kenderaan off-road prestasi, dengan enjin, casis dan penggantungan yang dibina khusus membolehkannya melakukan pecutan ke atas landskap padang pasir yang mencabar atau merangkak di sepanjang kawasan berbatu dari Baja ke di padang gurun Gobi.

Di ekspot sebagai model SuperCrew empat pintu, generasi kedua F-150 Raptor memanfaatkan teknologi canggih terkini, termasuk gred tentera, kekuatan tinggi, kabin aluminium-aloi, manakala badan berkomposit unik. Raptor semua-baharu ini mempunyai versi-output tinggi eksklusif 3.5 liter EcoBoost ditambah dengan transmisi automatik 10-kelajuan dibina Ford dan enam mod sistem advance Terrain Management ™.

Lain-lain ciri-ciri khusus F-150 Raptor termasuk rangka keluli kekuatan tinggi kejuruteraan Ford Performance dengan shock dibuat khas Fox Racing  dengan pelepasan tanah yang lebih tinggi,  Tayar off road BFGoodrich dan sistem ekzos dwi-prestasi penuh.

Ford F-150 Raptor serba baharu dibina di Dearborn Plant Truck di Amerika Utara.

 

 

Previous post

Mercedes-AMG E 63 Estate - Prestasi dan Praktikaliti Dalam Satu

Next post

Volvo Catat Peningkatan Jualan Bulan Januari Lebih 5.1% Berbanding 2016

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *