Berita Auto

Mercedes-AMG E 63 Estate – Prestasi dan Praktikaliti Dalam Satu

Mercedes-AMG telah memperkenalkan ahli terbaru barisan kenderaan mereka iaitu E 63 Estate. Menggabungkan prestasi dan praktikaliti, ia ditawarkan dalam dua varian dengan sistem pacuan empat road 4MATIC+ sebagai ciri standard.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Seperti versi saloon, E 63 Estate dikuasakan oleh enjin 4.0 liter twin-turbo V8 yang dipadankan dengan kotak gear automatik AMG Speedshift MCT (Multi Clutch Technology) sembilan kelajuan. Unit itu menghasilkan 612 hp dan 850 Nm bagi varian E 63 S, dan 571 hp dan 750 Nm bagi E 63.

?????????

Dengan bantuan 4MATIC+, E 63 S Estate mampu memecut dari 0 – 100 km/j dalam masa 3.5 saat, manakala E 63 Estate lakukannya dalam masa 3.6 saat. Kedua-duanya mempunyai kelajuan maksimum (dengan sekatan elektronik) sehingga 250 km/j.

?????????

Melalui program AMG Dynamic Select, pemandu boleh memilih antara empat mod pemanduan iaitu Comfort, Sport, Sport Plus serta Individual. Selain itu, terdapat punat M pada stereng yang membolehkan transmisi dikawal secara manual melalui paddle shifter. Sebagai tambahan, E 63 S Estate dilengkapi dengan mod Race untuk penggunaan di litar lumba.

?????????

Kereta wagon ini didatangkan dengan suspensi udara yang boleh digunakan dalam mod Comfort, Sport dan Sport Plus, di mana tahap rebound dan mampatan spring diselaraskan mengikut kesesuaian. Kelengkapan lain seperti limited slip differential pada gandar belakang, cagak enjin dinamik serta stereng sensitif kelajuan turut disertakan.

?????????

Kuasa yang sebegitu besar perlu diseimbangkan dengan sistem brek yang mantap. E 63 mempunyai cakera brek kompaun bersaiz 360 mm, manakala versi S bersaiz 390 mm. Untuk mereka yang mahukan lebih keyakinan, Mercedes-Benz turut menawarkan cakera brek seramik karbon AMG bersaiz 402 mm di depan dan 360 mm di belakang.

 

Previous post

Adakah Brek Anda Berbunyi? YouTuber Ini Terangkan Mengapa Dan Bagaimana Membaikinya!

Next post

Ford Mula Hantar Raptor F-150 ke China

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *