Cerita Auto

DRB-Hicom Akan Umum Rakan Strategik Asing Proton Pada Separuh Pertama 2017

DRB-Hicom berharap orang ramai tidak terpengaruh dengan beberapa laporan yang mendakwa ia telah memuktamadkan pencarian rakan strategik asing bagi Proton. Buat masa ini, syarikat itu sedang menumpukan kepada proses kritikal mencari rakan strategik asing yang tepat untuk pengeluar kereta nasional tersebut, dan satu pengumuman akan dibuat pada waktu yang tepat kelak.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Ada beberapa laporan yang mendakwa pencarian ini akan dimuktamadkan pada hari ini, 15 Febuari. DRB-Hicom menjelaskan bahawa seperti yang telah diumumkan terdahulu, ia akan menamatkan pencarian dan mengumumkan hasilnya di dalam separuh pertama tahun 2017. Syarikat itu bagaimana pun akan berusaha untuk menyelesaikan pencarian ini secepat mungkin.

DRB-Hicom juga telah menjelaskan sebelum ini bahawa proses tersebut adalah amat kompleks dan akan memakan masa. Setelah menerima bidaan, ia akan memulakan perundingan terperinci dengan pembida-pembida tersebut bagi memastikan semua perkara utama iaitu keserasian strategik, operasi dan budaya ada didalam bidaan mereka.

Syarikat itu kemudian akan memulakan proses kelulusan dalaman, termasuk memanggil mesyuarat pemegang saham, selain proses kelulusan daripada pihak berkuasa untuk membolehkan rakan strategik yang dipilih mengambil alih ekuiti di dalam Proton.

Sekali lagi, DRB-Hicom berharap orang awam tidak terkeliru dengan laporan-laporan yang tidak tepat mengenai isu ini. Ia akan membuat pengumuman rasmi pada watu yang sesuai.

Previous post

Mitsubishi Motors Malaysia Tawar Bonus Wang Tunai Untuk Model Terpilih

Next post

Hyundai Sonata Dinamakan Kereta Nilai Terbaik Oleh U.S. News & World Report

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *