Cerita Auto

Mitsubishi Motors Malaysia Tawar Bonus Wang Tunai Untuk Model Terpilih

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) menjemput kedatangan tahun baru 2017 dengan pelbagai tawaran menarik berserta bonus wang tunai sehingga RM12,000 untuk model Mitsubishi yang terpilih.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pelanggan yang memilih Triton baru akan mendapat bonus wang tunai bernilai sehingga RM9,000 dan jaminan sehingga tiga tahun atau 100,000 km. Berikut adalah pecahan bonus tunai untuk semua varian Triton:

Mitsubishi Triton cash bonus

Pada masa yang sama, mereka yang membeli varian terpilih ASX akan menikmati bonus sehingga RM10,000 serta jaminan sehingga lima tahun tanpa had perbatuan. SUV kompak itu dijual pada harga bermula dari RM105,744 untuk varian 2WD GL, RM115,468 untuk 2WD, dan RM129,010 untuk 4WD.

ASX- Cash Rebates up to RM8,000 and 5-Years warranty with unlimited mileage

Berharga RM168,600, Outlander didatangkan dengan bonus wang tunai sehingga RM4,000, penyelenggaraan percuma selama dua tahun dan jaminan sehingga lima tahun atau 100,000 km.

CEO of Mitsubishi Motors Malaysia, Mr. Yang Won-Chul at the media preview of the all-new Mitsubishi Outlander SUV

Bonus sehingga RM10,000 dan jaminan sehingga lima tahun tanpa had perbatuan pula diberikan kepada pelanggan yang membeli Pajero Sport VGT, yang dijual pada harga RM179,716.

Mitsubishi-Attrage-sedan1

Akhir sekali, pelanggan yang memilih Attrage GS pula akan mendapat bonus sehingga RM12,000. Sedan eco itu boleh menjadi milik anda pada harga RM75,250.

 

Previous post

Pagani Huayra Roadster Hanya Untuk Insan Terpilih

Next post

DRB-Hicom Akan Umum Rakan Strategik Asing Proton Pada Separuh Pertama 2017

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *