Motosikal / Lain Lain Roda

Cub Prix Memasuki Era Baharu Sukan Permotoran

Saingan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS – Musim ke-24 memasuki era baharu apabila perlumbaan kelas perdana CP130 kini digantikan dengan perlumbaan kategori CP150 yang menggunakan jentera lebih berteknologi dan berkuasa bermula musim 2017.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Sejak diumumkan pada tahun 2016, kategori baharu ini mendapat sambutan positif daripada pasukan-pasukan, pelumba-pelumba dan juga peminat-peminat sukan permotoran negara.

Cub Prix - Zaqhwan Zaidi berbincang bersama pasukan

“Pasukan-pasukan yang bertanding dalam kategori ini cukup teruja menghadapi cabaran baharu dan penggunaan teknologi terkini terutama dengan sistem suntikan bahan api (fuel injection) dan Unit Kawalan Elektronik (ECU) dalam kerja pengubahsuaian jentera underbone atau moped yang menggunakan perincian komputer,” jelas Ron Hogg, Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd.

Mengulas lanjut tentang kategori CP150, Ron berkata, “Sejak Kejuaraan Cub Prix dilangsungkan pada tahun 1994, siri perlumbaan terbesar negara ini bukan sahaja pentas untuk melahirkan pelumba berbakat negara, sebaliknya turut menjadi nadi penting buat pengeluar-pengeluar motosikal seperti Honda, Yamaha, dan Modenas untuk mempromosikan dan memasarkan produk-produk motosikal mereka.

Cub Prix - YM Tunku & Ron Hogg

“Kejuaraan Cub Prix perlu bergerak seiring dengan kemajuan dan perubahan dalam teknologi motosikal sejak dari era jentera dua lejang sehingga ke era 4-lejang pada hari ini. Jika pada tahun ini pasukan hanya menggunakan jentera Honda RS150R dan Yamaha Y15ZR, pada masa akan datang kita harap akan turut disertai pelbagai jenama lain yang khabarnya turut berminat mengeluarkan motosikal berkuasa 150cc.”

Pengerusi Persatuan Automobil Malaysia, (AAM), Tunku Mudzaffar Tunku Mustafa turut menjangkakan perlumbaan kategori CP150 ini akan terus menghangatkan senario sukan permotoran negara.

Cub Prix - Pasukan PETRONAS Yamaha CKJ

“Kami di pihak AAM mengharapkan agar industri sukan permotoran negara akan terus berkembang dalam usaha kita untuk melahirkan lebih ramai juara. Benua Asia telah kita tawan, tidak mustahil satu hari nanti untuk melihat juara dunia dari Malaysia akan tercapai.”

Previous post

Grab lwn Bas Sekolah

Next post

Tidak Ramai Pemilik Kereta Yang Sebegini Gembira Buat Masa Ini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *