Gaya Hidup

Grab lwn Bas Sekolah

Tambang bas sekolah kanak-kanak semakin meningkat dan dengan kenaikan harga terbaru bulan lalu, ramai ibu bapa telah menukar kepada perkhidmatan Grab untuk menjimatkan sedikit wang. Ya, anak-anak remaja sekarang menggunakan kereta Grab untuk pergi balik sekolah untuk menjimatkan wang  ibu bapa mereka.

Sebagai contoh dikawasan PJ tambang bas sekolah boleh mencecah RM280.00 – RM300,00 sebulan berbanding perkhidmatan Grab ialah pergi RM5.00 satu trip balik RM5.00 satu trip. RM10.00 sehari. Purata 22 hari sebulan jumlah keseluruhan hanya RM220.00 sebulan. Penjimatan sekurang-kurangnya RM60.00 sebulan.

Adakah Grab sesuai untuk pergi balik sekolah? Dengan menggunakan Bas Sekolah, Makcik Bas Sekolah tidak akan hilang sumber pendapatannya. Bayar lebih sikit tidak apa asalkan kita pasti yang anak-anak kita pergi ke sekolah dan balik terus ke rumah dan tidak sesat ke mana-mana kompleks membeli belah atau mana-mana. Bas Sekolah juga memberi peluang anak-anak kita berinteraksi dengan kanak-kanak lain semasa pejalanan pergi balik. Dengan Bas Sekolah kita juga dapat mengurangkan pencemaran udara dan baik untuk alam sekitar kerana bilangan kenderaan yang pergi balik sekolah berkurangan. Kalau satu bas sekolah boleh muat 10 orang, ini bermakna pengurangan 9 kenderaan persendirian.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

 

Previous post

Koenigsegg Tayang 'Sweet Mandarin'

Next post

Cub Prix Memasuki Era Baharu Sukan Permotoran

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *