Berita Auto

Allianz Malaysia Anjur Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Tahun Baru Cina

Allianz Malaysia baru-baru ini mengadakan kempen keselamatan jalan raya bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina di Jalan Istana Larut, Taiping. Ia berharap dapat memupuk kesedaran tentang keselamatan jalan raya di kalangan orang ramai teruatama ketika menuju ke kampung halaman masing-masing.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Kempen yang diadakan dengan kerjasama Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) ini juga diadakan di hadapan pejabat JPJ Melaka di Bukit Katil. Allianz Malaysia turut memberi sokongan kepada JKJR dalam kempen keselamatan mereka yang diadakan di Plaza Tol Mines, Sungai Besi dan stesen Shell Permy Jaya di Miri.

Ng Siew Gek, Ketua Bahagian Allianz4Good bagi Allianz Malaysia Berhad berkata,”Kempen advokasi keselamatan jalan raya yang diadakan pada musim perayaan adalah satu inisiatif tambahan daripada kempen advokasi keselamatan jalan raya yang biasa diadakan oleh Allianz Malaysia kerana ramai orang menggunakan lebuh raya pada masa seperti ini”.

Semasa kempen tersebut, sebanyak 1,200 pelekat pantul cahaya dan 200 jaket pantul cahaya diedarkan kepada penunggang motosikal, sementara 120 set pad tali pinggang keledar serta 120 tukul keselematan diberikan kepada pengguna jalan raya yang lain. Bukan itu sahaja, sebanyak 60 buah kerusi keselematan kanak-kanak turut diberikan kepada mereka yang membawa anak kecil.

Kempen tersebut dijalankan dengan penekanan terhadap keselamatan penunggang motosikal yang mempunyai kadar kematian paling tinggi di negara ini. Allianz Malaysia berharap ia boleh memainkan peranan dalam menurunkan kadar kematian jalan raya melalui kerjasamanya dengan JKJR.

 

Previous post

Harga Minyak Naik ... Adakah Jualan Hyundai IONIQ Akan Melambung?

Next post

Allianz General Memperkenalkan Allianz Road Rangers dan 7 Kemudahan Baru Pelanggan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *