Cerita Auto

Volkswagen Mengalu-alukan Kedatangan Tahun Ayam Dengan Angpow Paling Besar Tahun Ini

Volkswagen Passenger Car Malaysia (VPCM) mengalu-alukan kedatangan tahun ayam dengan kempen Angpau Paling Besar (Biggest Angpow of the Year) sempena sambutan Tahun Baru Cina kali ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Mulai sekarang hingga 15 Februari 2017, pelanggan yang membeli kereta Volkswagen berpeluang memenangi satu paket ‘angpow’ berjumlah RM66,888, nilai yang sama dengan sebuah Vento Trendline.

Bagi menambah kemeriahan Tahun Baru Cina, semua pelanggan yang membeli sebuah kenderaan Volkswagen sepanjang tempoh promosi juga akan diberi angpow dalam bentuk pulangan semula wang tunai bermula sebanyak RM388 hingga RM1,288.

Bagi promosi Tahun Baru Cina ini, para pelanggan boleh memilih daripada rangkaian model seperti Polo, Golf, Beetle, Vento, Jetta dan Passat serba baharu. Untuk layak, semua tempahan kenderaan mestilah dibuat dalam tempoh promosi, selain tertakluk kepada terma dan syarat sehingga stok masih ada.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi Tahun Baru Cina, sila kunjungi bilik pameran Volkswagen berhampiran.

Previous post

Toyota C-HR Mendapat Sentuhan TRD

Next post

Nissan dan Infiniti Tawar Waranti Selama 7 Tahun Tanpa Had Perbatuan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *