Motosikal / Lain Lain Roda

Tonton Resident Evil 6: The Final Chapter dan Menang Barangan BMW Motorrad

Sempena tayangan filem Resident Evil 6: The Final Chapter di panggung wayang di seluruh negara, BMW Motorrad Malaysia akan menganjurkan satu peraduan cabutan bertuah, di mana para penonton berpeluang untuk memenangi barangan eksklusif BMW Motorrad bernilai sehingga RM500.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Bermula dari 19 Januari hingga 28 Februari 2017, peraduan ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang membeli tiket filem Resident Evil 6 di mana-mana panggung wayang di Malaysia.

Untuk menyertai peraduan ini, ikuti langkah-langkah mudah berikut:

  1. Tonton filem Resident Evil 6: The Final Chapter di mana-mana panggung wayang di seluruh negara. Simpan tiket anda.
  2. Tulis nama penuh, nombor telefon dan e-mel di belakang tiket anda.
  3. Bawa tiket anda ke mana-mana bilik pameran serta pengedar sah BMW Motorrad dan masukkan tiket itu ke dalam kotak peraduan yang disediakan.

???????????

Mulai 19 Januari, BMW Motorrad Malaysia juga akan mempamerkan S 1000 XR – jentera sebenar yang ditunggang oleh Alice, lakonan Milla Jovovich dalam filem tersebut di panggung wayang terpilih di seluruh negara.

Dipamerkan dengan kerjasama Sony Pictures, motosikal adventure sport itu akan dipertontonkan kepada orang ramai pada tarikh dan di panggung wayang seperti berikut:

  • GSC Pavilion, KL (20 Jan – 04 Feb)
  • GSC Signatures, KL (20 Jan – 04 Feb)
  • GSC Gurney Plaza, Penang (19 Jan – 03 Feb)
  • GSC Sunway Carnival, Butterworth (19 Jan – 03 Feb)
  • MM Plex (former Cathay Cineplex), City Square (20 Jan – 04 Feb)
  • GSC Suria Sabah (19 Jan – 03 Feb)
  • GSC City One, Kuching (19 Jan – 03 Feb)

Para pemenang akan dimaklumkan dalam tempoh masa empat minggu dari tarikh tutup penyertaan – 28 Februari 2017.

Previous post

Kawasaki Motors Malaysia Lancar 4 Model Baharu 2017

Next post

Lamborghini Squadra Corse Hasilkan Lebih Dari 200 Unit Jentera Lumba Huracan Dalam 24 Bulan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *