Berita Auto

Renault Driving Experience Tingkatkan Pengalaman Pemilikan dan Kesedaran Keselamatan Jalan Raya

TC Euro Cars (TCEC) baru-baru ini menganjurkan program ‘Renault Driving Experience’ dengan matlamat untuk meningkatkan kesedaran tentang keselamatan jalan raya, selain memberi pengalaman pemilikan berharga buat para pelanggan Renault di Malaysia.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Diadakan di Litar Antarabangsa Sepang, program itu merupakan lanjutan kepada acara Renault Track Day yang sudah dianjurkan beberapa kali setahun sejak tahun 2010. Ia direka khas untuk mengasah bakat pemilik jentera Renault Sport selain dari mengeratkan lagi hubungan di kalangan peminat kereta.

P1050649

TCEC juga buat pertama kalinya menganjurkan satu kursus pemanduan defensif untuk pemilik Captur dan Fluence bagi menyampaikan kemahiran praktikal untuk pemanduan lebih selamat. Ia dimulakan dengan teori jarak pandangan dan diikuti dengan pemahaman tentang ‘oversteer’ dan ‘understeer’,

Selain itu, peserta diajar tentang kepentingan lampu isyarat ketika membelok, tali pinggang keledar, lampu kecemasan (hazard lights) serta tips memandu di lebuh raya ketika hujan. Posisi duduk dan pemanduan yang betul juga penting bagi membolehkan pemandu mengawal kereta sepenuhnya sekaligus memberi tindak balas jika berlaku kecemasan.

P1050621

Kursus itu turut merangkumi penggunaan ciri-ciri keselamatan Renault seperti Brek Anti Kunci (ABS), Electronic Brake Force Distribution (EBD) dan Electronic Stability Control (ESC).

Dalam sesi praktikal, para peserta berpeluang menguji keberkesanan ESC dan ABS. Pada masa sama, mereka diajar mengenai cara memegang stereng dengan betul (posisi pukul tiga dan sembilan) bagi membolehkan input yang lebih pantas dan secara langsung.

P1050214

Program tersebut diteruskan dengan aktiviti menukar laluan dalam situasi cemas serta latihan slalom yang membolehkan peserta mempraktikkan semua teknik pemanduan defensif yang telah dipelajari sepanjang hari.

Seramai 30 orang pemilik kenderaan Renault mengambil bahagian dalam kursus pemanduan defensif ini yang dibahagikan kepada dua sesi, manakala 25 orang pemilik jentera Renault Sport pula menghadiri sesi di litar untuk menguji kemahiran dan prestasi kereta. Mereka perlu menamatkan sebanyak mungkin pusingan di litar dalam tempoh empat jam yang ditetapkan untuk sesi pada waktu pagi itu.

P1050194

Untuk mereka yang memandu buat kali pertama, jurulatih ada disediakan untuk memberi tunjuk ajar mengenai cara pemanduan dan pengenalian yang betul ketika berada di litar. Pada masa yang sama, beberapa orang bakal pembeli berpeluang merasai sendiri prestasi dan pengendalian jentera Renault Sport apabila mereka dibawa secara ‘taxi ride’ oleh pemandu profesional di atas litar berkenaan.

Previous post

Haval M4 Kini Dikenali Sebagai H1

Next post

Takata Corp Kena Bayar Denda USD1 Bilion

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *