Berita Auto

Haval M4 Kini Dikenali Sebagai H1

Dilancarkan buat pertama kali di Malaysia pada tahun 2014, Haval M4 kini secara rasmi dikenali sebagai Haval H1. Pertukaran nama ini dibuat sebagai sebahagian dari usaha penjenamaan semula Haval daripada Great Wall Motors (GWM) untuk menguasai pasaran antarabangsa, terutama ASEAN.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Seperti sebelum ini, H1 didatangkan dalam pilihan tiga varian iaitu Comfort, Premium dan Elite. Bukan itu sahaja, harga jualan turut dikekalkan iaitu RM61,950 untuk varian Comfort, RM67,950 untuk Premium dan RM74,950 untuk Elite. Harga yang disebut merupakan harga atas jalan tanpa insurans. Kesemua varian didatangkan dengan jaminan selama 7 tahun tanpa had perbatuan.

????????

Dari aspek rekaan, H1 didatangkan dengan beberapa pembaharuan seperti gril krom lebih sporty, serta logo-logo Haval di stereng, but dan tempat duduk.

????????

SUV segmen-B itu dijana oleh enjin 1.5 liter empat silinder VVT MPI yang menghamburkan 105 hp pada 6,000 rpm dan 138 Nm pada 4,200 rpm. Ia dipadankan dengan kotak gear AMT 6 kelajuan yang memacu roda depan. Kotak gear manual lima kelajuan tidak ditawarkan kali ini.

????????

Antara kelengkapan yang boleh didapati termasuklah lampu depan halogen dengan barisan LED, lampu kabus LED, tempat duduk kulit, SMART Tag terbina, Battery Alert System (BAS) pada instrumen kluster serta konsol digital dengan GPS. Ia ditawarkan dalam enam warna iaitu Titanium White, Sky Silver, Fashionable Orange, Pearl Black, Ocean Blue dan Jazz Red.

????????

Sementara itu, bermula 1 Januari 2017, Haval turut memperkenalkan ‘Buy Back Guarantee’ dengan memberi jaminan 50% nilai kenderaan dalam tempoh 5 tahun akan datang. Ini bermakna Haval akan membeli semula pada harga 50% daripada harga jualan sekiranya pemilik menjual kenderaan dalam tempoh 5 tahun.

Previous post

Perodua Rekod Perkongsian Pasaran Sebanyak 35.7% Untuk 2016

Next post

Renault Driving Experience Tingkatkan Pengalaman Pemilikan dan Kesedaran Keselamatan Jalan Raya

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *