Motosikal / Lain Lain Roda

Pasukan Suzuki Ecstar Diperkenalkan di Sepang

Suzuki telah memperkenalkan pasukan Suzuki Ecstar yang akan bertanding di kejohanan MotoGP musim 2017. Pasukan itu diperkenalkan di Litar Antarabangsa Sepang bersempena dengan sesi ujian musim sejuk (winter testing).

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Suzuki Ecstar akan diwakili oleh Andrea Iannone (Itali) yang menghabiskan saingan musim lepas di tempat ke-9 serta pelumba dari kelas Moto2 iaitu Alex Rins (Sepanyol).

Suzuki Ecstar MotoGP 01

Ini adalah musim ketiga berturut-turut Suzuki Ecstar bersaing dalam kelas MotoGP, selepas kembali ke kancah kejohanan itu pada tahun 2015. Dari 18 perlumbaan musim lalu, pasukan tersebut mencapai satu kemenangan dan tiga kalli kedudukan ketiga.

Suzuki Ecstar MotoGP 03

Suzuki mensasarkan prestasi yang lebih baik dari sebelumnya, dengan jentera yang dipertingkatkan bagi mendapatkan tempat di podium setiap kali perlumbaan. Ia juga akan menggunakan maklum balas teknikal bagi tujuan pembangunan produk, serta meningkatkan imej jenama.

Suzuki Ecstar MotoGP 04

Bagi musim 2017, enjin serta aspek elektronik jentera Suzuki GSX-RR 1000 milik pasukan itu telah diberi semakan semula, sementara kerangkanya mengekalkan bentuk yang langsing untuk pengendalian yang lebih mantap.

Suzuki Ecstar MotoGP 05

Spesifikasi Suzuki GSX-RR 1000

Panjang x lebar x tinggi keseluruhan: 2,096 mm (P)  x 720 mm (L) x 1,140 mm (T)
Jarak roda: 1,457 mm
Berat: 157 kg atau lebih
Jenis enjin: Sejukan cecair, empat lejang, empat silinder DOHC
Sesaran: 1,000 cc
Kuasa maksimum: Lebih 240PS
Kelajuan maksimum: Lebih 330km/j
Kotak gear: 6 kelajuan (seamless system)
Jenis kerangka: Twin-spar aluminum
Tayar (depan/belakang): 17 inci/17 inci
Suspensi depan: Öhlins, sepit udang terbalik
Suspensi belakang: Öhlins
Brek (depan/belakang): Cakera karbon/cakera keluli, Brembo

Previous post

Mengapa Kami Suka Nissan GT-R

Next post

Volkswagen Atasi Toyota Sebagai Pengeluar Kenderaan Terbesar Dunia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *