Berita Auto

Mercedes-Benz Malaysia Terus Ungguli Segmen Premium 2016

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) mencapai prestasi terbaik mereka pada 2016 dengan rekod jualan tertinggi iaitu 11,779 unit kenderaan yang berjaya diserahkan kepada pelanggan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Menurut Naib Presiden Jualan dan Pemasaran, Mercedes-Benz Malaysia, Mark Raine, walaupun dengan keadaan ekonomi yang mencabar, MBM berjaya mencatat pertumbuhan jualan sebanyak 9 peratus berbanding 2015. Ini membolehkan syarikat itu mendahului segmen premium dengan bahagian pasaran sebanyak 2.4 peratus.

Tahun lalu, MBM berjaya melancarkan 17 model baru termasuk barisan produk utama seperti E-Class serta rangkaian Dream Cars seperti C-Cabriolet dan S-Coupe.

Photo 2- (from left) Mercedes-Benz Malaysia President and CEO, Dr Claus Weidner and Vice President, Sales and Marketing Mercedes-Benz Cars, Mr Mark Raine.

Tambah Mark Raine, Jun tahun lalu merupakan bulan terbaik bagi mereka, dengan angka jualan mencecah 1,203 unit. Suku kedua 2016 menjadi suku terbaik dengan 3,359 unit terjual. Ia juga merupakan kali pertama jenama itu berjaya mencapai angka 11,000 unit yang diserahkan kepada pelanggan.

Barisan model limosin yang dipasang secara tempatan seperti C-Class, E-Class dan S-Class pula secara keseluruhannya mencatat angka jualan sebanyak 7,750 unit. Barisan model kompak yang terdiri dari A-Class, B-Class, GLA dan CLA pula sebanyak 2,316 unit.

Photo 3 (3)

Bagi SUV pula, MBM menyerahkan sejumlah 1,671 unit kepada pelanggannya. GLC merupakan model paling popular dengan jualan sebanyak 1,421 unit, diikuti dengan GLE dengan 250 unit.

Dengan jumlah jualan sebanyak 4,762 unit, C-Class merupakan model paling popular diikuti oleh E-Class dengan 2,034 unit, dan S-Class dengan 954 unit. Barisan Dream Cars pula mencatat angka jualan sebanyak 301 unit.

Photo 4 (2)

Dari aspek perkhidmatan servis dan penyelanggaraan, MBM merekodkan jumlah kenderaan sebanyak 108,226 sepanjang tahun 2016, selain mencapai indeks kepuasan pelanggan tertinggi dalam sejarah. MBM mempunyai sebanyak 29 pengedar di seluruh negara yang menawarkan perkhidmatan seperti Mercedes-Benz City Store, Proven Exclusivity, Service Differentiation, AMG Centres, Product Experts dan Mercedes-Benz City Service.

Previous post

Lotus Cars Sudah Sedia Untuk Meraih Keuntungan

Next post

Subaru Impreza Melancarkan Semua Baharu di Singapore Motorshow 2017

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *